My lovely friends---Thanks

Sunday, 9 March 2014

Pray for MH 730...Boeing 777 yg dekat dihatiku...

salam semua..
berita kehilangan pesawat MAS MH703 pd 8/3/2014 route KL-Beijing memeranjatkan semua rakyat Malaysia..
sebagai ExCabin crew MAS kak lyn memang sangat terkejut dan hilang semangat apatah lagi insiden itu melibatkan aircraft yg kak lyn pernah bertugas dahulu...ingatan pertama diminda pada masa itu adakah Batch mates akak terlibat?,kerana masih ramai kawan2 kak lyn yang masih  flying sebagai steward & stewardess,try to contact beberapa nama yg rapat..& mereka membalas dan beritahu tidak terlibat.lega seketika walau bagaimanapun setelah diberitahu senarai anak2 kapal yg terlibat sekali lagi hati kak lyn bagai terhenti kerana ada 2 nama yang akak kenal dan pernah bertugas sama.dahulu...Allahhu Akhbar!...selamatkanlah mereka.& permudahkanlah urusan pencarian mereka...Lagi2 sekarang sebagai isteri Tentera TUDM memang terkesan sangat rasanya ...semalam memang tak boleh buat apa hanya doa sahaja yang dapat dipanjatkan..semoga ahli keluarga terdekat yang terlibat tabah menghadapi ujian Allah ini.
 Masih teringat perasan kak lyn ketika mula2 masuk ke Kabin  aircraft Boeing 777 dulu,perasaan kagum dan bangga ketika bertugas dengan aircraft yg baru.maklumlah pada masa itu akak merupakan antara  Batch pertama cabin crew yang dapat jadual terbang aircraft 777...sebagai anak kapal yg pernah bertugas dalam aircraft Boeing 737,747-400 ,747-300 &747-500 (yang mengangkut penumpang & cargo sekali.).juga kak lyn pernah bertugas dalam aircraft DC 10(aircraft lama) untuk beberapa kali charted flight ke Jepun &Jeddah (Umrah/Haji flight) dahulu.kemudian promoted ke aircraft Boeing 777 & Airbus pula. sehingga kak lyn berhenti ..last flight akak adalah Boeing 777 ke Manchester...masih lagi terbau-bau kabin itu....emmmm selamatkanlah mereka..semoga segera dijumpai..:''(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...