My lovely friends---Thanks

Sunday, 16 February 2014

Homemade mee kuning..




Assalammualaikum...
 ujung minggu baru nak ada mood nak buat mee goreng utk mkn petang...maklumlah bila ada family members datang rumah kan..baru semangat nak masak-masak..heeheee
sebenarnya lama dah membeli mesin Falcon ni tp untuk kegunaan biz biskut raya jea..pastu adalah dulu masa baru beli buat mee kuning sendiri..ni lama dah tak membuat ,bila keluar aja mee dari acuan baru perasan terguna acuan mee lubang besar la pulak...hahaha besar pon besarla..
jom kita layan macam mana nak buat mee kuning .
 Bahan2nya
500gm tepung gandum
2 biji telur B
air secukupnya
1/2 tsp garam
sedikit serbuk kunyit /pewarna kuning telur
*2biji telur dicampur dgn air hingga 220ml kemudian ditambah garam & kunyit.dipukul sebati sebentar
cara2

  1. masukkan tepung kedalam mesin,pilih panel MIX pada mesin dan tekan suis ON
  2. sementara tepungberputar tuangkan campuran telur & air tadi kedalam mesin supaya sebati bersama tepung
  3. bila sudah sebati tukar panel EXTRUDE utk mengeluarkan adunan...
  4. tadah dgn dulang mee yg terhasil.
  5. mee kuning akan di rebus dalam air yg mendidih yg dicampur sedikit minyak selama lebih kurang 3min
  6. toskan dan siram dgn air sejuk
  7. boleh terus guna atau gaulkan dgn minyak masak utk elak mee melekat.(kak lyn suka gaulkan dgn minyak yg diguna utk memgoreng bawang goreng..bau dia wangi lag..ini jika suka laa)
  8. boleh disimpan 4-5 hari jika disimpan elok.





taraaaa...siap dah...hehehe mee besor..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...