My lovely friends---Thanks

Friday, 10 January 2014

Okonomiyaki (Japanese pancake) & sosnya nyummm



Okonomiyaki makanan Jepun yg menjadi kegemaran anank2 kak lyn terutamanya Syahmi(dia ni suka tengok kartun Jepun ) ."Okonomi"maknanya Apa yg kamu suka atau mahu,"yaki" makananya grill/masak..juga dikenali sebagai "pizza Jepun"atau orang kita panggil lempeng!hehehe Cuma lempeng ni ada Sayur& banyak isinya, kalau yg masih tertanya2 apa rasanya klu makan okonomiyaki ni?rasanya lebih kurang macam Takoyaki yg selalu jual kat Jusco tuuuu...cuma beza drsegi rupalah okonomiyaki ni leper Takoyaki tu bulat2,,akak buat utk makan malam tp oleh kerana anak2 suka sgt disuruhnya buat esok pagi nak bawak bekal ke sekolah..akak pun buat lempeng okonomiyaki siap2 mlm tu,pastu simpan dlm petiais,esok pagi tinggal panaskan dan tambah toppingnya,,Alhamdulillah Syahmi kata masih sama rasanya Sedappppp...:)
           Mula2 kita buat sos Okinomiyaki dulu,memang ada yg dijual sos ni tp sebab xpasti tentang Halalnya tu yg cuba2 google cari resepi sos.byk resepi tp akak pilih& adjust sikit yg mana rasanya hampir sama mcm sos okonomiyaki yg jual kat jusco.hehehe confident jea ya.. Ok jom kita tgk bahan2nya..

 bahan2 sos:
3/4 cwn  sos tomato,1/4 kicap pekat Manis ABC,1/4 worcestershire sos,1 s/besar cuka makan,2cm halia ,1 ulas bawang putih, sedikit garam & gula secukup rasa.Caranya campurkan semua bahan & masak hingga pekat. sejukkan & simpan dlm botol sos.

Bahan-bahan 100gm tepung gandum/tpg okonomiyaki,1/2 biji bawang besar hiris,1biji telur A,150gm kubis putih hiris halus,1biji kentang(ini sendiri letak sbb suka kentang,ikut suka kitakann) & 1/2 btg carot disagat halus.sedikit daun bawang dihiris..

3 btg sosej dipotong dadu,isi ayam & udang jika suka(boleh ditukar dgn sotong,daging dll)


 segenggam udang kering putih,150ml dashi/xada so akak guna air suam bersama 1kuib stok ikan bilis jea..


bahan taburan Nori halus (seaweed yg dikisar kering) & katsuoboshi(bonito flakes/ikan panggang sagat)boleh beli dipasaraya,Sos Okinomiyaki yg kita buat tadi bersama "kewpie"mayonis.

         Cara membuatnya satukan semua bahan2 kecuali bahan taburan & sos ,kemudian kacau sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper,masukkan bahan2 yg digaul kemudin tekan sedikit ratakan seluruh kuali.


 biarkan masak lebih kurang 8 minit gunakan api perlahan takut hangus.terbalikkan.akak gunakan pinggan utk membalikkannya ,letak pinggan atas kuali kemudian terbalikkan kuali tu,masukkan semula okinomiyaki (sblh yg blm masak)kedlm kuali tadi biarkan masak..kemudian angkat.hiaskan okonomiyaki dgn sos & mayonis seblm kita tabur bonito & nori...potong-potong dan  sedia utk dimakan...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...