My lovely friends---Thanks

Tuesday, 14 January 2014

@@@ Kuih Kole Kacang Resepi Ibuku@@@



assalam sahabat.....
         kuih kole kacang ni merupakan kuih kegemaranku...biasanya suruh mak yg buat terutama time bulan  puasa hehehe..berbuih mulut mak mengajar cara-cara buat kuih ni masa kak lyn anak dara dolu2 hheeee tapi biasalah kannn acu tak acu jea dengar....bila dah tua-tua ni(eh! tua ke?hooohoohooaa) ada jugak dolu kekawan order kuih ni kat kak lyn..tp sejak setahun dua ni xpernah lagi buat kuih ni  huuhhuuhhuu tetiba macam winduu je nak buat kan..sebelum ku lupa sukatan 7 cara membuatnya baik ku turunkan kat sini untuk rujukan esok2 heeee jom layan bahan2nya.apa2 kita perlukan tepung kacang hijau, paket yg hijau tu yg mak akak selalu guna,brand ni cuma jumpa di kedai di kampung ku dikulai,puas di cari di shah alam x jumpa la pulak.Bukan apa klu guna brand ni kuih koleh kacang tu gelab sikit warnanya..macam cantik jea..hehehe
taik minyak yg telah siapdigoreng& ditoskan.
Cara membuat taik minyak:
1cwn santan pekat di panaskan dalam kuali dan dikacau sentiasa diatas api sedang sampai jadi taik minyak.toskan ia jangan dibuang minyaknya ya..biarkan 


Bahaan-bahannya..Kole kacang( loyang 10 x10)

1paket tepung kacang hijau(400gm)
2 buku gula melaka (dipotong kecil)
12 cwn santan cair(1kotak santan dicampur dgn air)
Caranya

  1. campurkan semua bahan didalam kuali besar,kacau sebati
  2. letakkan diatas dapur,gunakan api sedang dan kacau sentiasa sehingga  gula larut 
  3. kacau selalu hingga adunan masak(adunan akan meletup2 kecikkan api dan terus kacau hingga adunan sedikit pekat & berkilat...
  4. masa mengacau adalah dalam 1jam kot...lebih kurang laaa..
  5. dah masak tuangkan adunan kedalam loyang yg telah diisapu sedikit minyak...ratakan adunan memenuhi loyang
  6. tuangkan minyak berserta taik minyak yg telah kita buat diawal waktu ke atas adunankole kacang biarkan sejuk & dipotong..siap..

2 comments:

  1. as'salam..
    kak..hehe..
    12 cwn santan cair (1kotak santan dicampur dgn air) ni mcm mane??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkum salam hafiza ieja..akak buat 1 kotak santan pekat tu + dgn 12 cwn air...so jdlah sukatan sntannya 12 cwn..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...