My lovely friends---Thanks

Tuesday, 27 March 2012

Laksa Johor

Assalammualaikum...
Hari ni terlebih rajin la pulak.. kak lin masak laksa johor...hehehe. Entahlah  2,3 hari ni dok teringat laksa yang mak kak lin buat masa cuti sekolah yang baru lepas..hehehe rasa tak puas makan ,time kenduri kat kampung masa tu.,,Jadi macam biasa lah,moh kita ke dapur!Kita masak ya "mak Jemah!!"

Bahan-bahan:
  1. 1 paket spageti ~ didihkan air dan masukkan spageti bersama sedikit minyak untuk engelak spageti melekat.rebus selama 8 minit @ hingga masak,Tapis dan blas dengan air sejuk.
Bhan-bahan kuah:

  1. 1kg ikan kembung/tenggiri
  2. 50gm udang kering
  3. 100gm udang segar
  4. 2pkt kecil kari ikan
  5. 20 ulas bawang kecil ]
  6.  20 ulas bawang putih ]
  7. 2 inci halia ]
  8. 2 inci kunyit ]             * dikisar bersama
  9. 1inci lengkuas ]
  10. 2 btg serai ]
  11. 1 s/b ketumbar ]
  12. 1/2 s/b serbuk jintan manis]
  13.  2 biji kelapa santan
  14. 6 keping asam keping
  15. 1pkt  kerisik kelapa
  16. 5 tangkai daun kesum
  17. garam 
  18. minyak masak
 cara membuat kuah:

  • rebus ikan bersama 3kpg asam keping dan ambil isinya.kisar bersama air rebusan bercampur udang basah &udang kering yg telah direndam.
  • panaskan minyak,tumiskan bahan yg dikisar dan daun kesum hingga wangi
  • masukkan rempah kari,dan isi ikan yg telah dikisar tadi.kacau rata
  • masukkan santan,asam keping,kerisik dan garam
  • biarkan hingga mendidih.
bahan ulam-ulamanya:
10 btg kacang panjang -hiris nipis
1 biji timun-di buang pembuluhnya & hiris nipis
100gm taugeh mentah
1 ikat daun kaduk-jika ada( kaklin guna daun selom jea)-hiris nipis
1 ikat daun kesum-hiris
1/2 paket lobak asin-cincang kecil
1  mangkuk sambal belacan
limau kasturi
** hidangkan bersama spageti rebus,kuah dan ulam-ulamannya**


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...