My lovely friends---Thanks

Tuesday, 17 January 2012

Rojak Buah

rojak buah bersama petis..
Assalammualaikum..hehehe masih mau merojak lagi hari ni..emm sebenornya kak lyn nak habiskan 1/2 biji buah sengkuang baki semalam..ngeh..ngeh..ngeh.. bahan dah ada, Apalagi kita olah aje laa. betul tak? rojak buah ni boleh dimakan begitu saje sambil tengok TV atau makan dengan nasi pun oraitt! ok..kita layan cara nak buat kuah petisnya ya..Sumber dari majalah Rasa..

Bahan Kuahnya..
10 biji cili padai dikisar
1s/besar cili kering dikisar - ini kak lyn tambah
2 s/besar asam jawa +300ml air
1s/kecil serbuk belacan bakar
3 s/besar petis
2 s/besar gula
150ml kicap manis
2s/kecil tepung jagung- dibancuh sedikit air

Cara memasak:
  1. untuk kuahnya,masukkankesemua bahan ke dalam periuk (kecuali tepung jagung) dan dibiar mendidih
  2. apabila mendidih barulah masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan pekat.ketepikan .
  3. gaulkan kesemua buah-buahan dan campurkan bersama kuah rojak.
  4. taburkan kacang kisar dan hidangkan.
bahan lain yang dihiris kecil
1/2 biji nenas
1/2 biji sengkuang
1 biji mangga muda
1 biji epal
1/2 biji timun

50gm kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar
" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...