My lovely friends---Thanks

Sunday, 4 December 2011

Kue Tiaw Ala Kantonis..

assalammualaikum..
Lama tak menjenguk blog kak lyn ni..maklumlah sekarangkan musim cuti sekolah....banyaklah Aktiviti yang perlu di penuhi. Time-time cuti sekolah ni..rumah kak lyn riuh-rendah dengan jerit-pekik budak-budak Dan juga mak budak! hahaha busy..busy..pun,, aktiviti memasak  bukan semangkin reda malah makin ligatlah pulak!cuma masa nak post ke dalam blog ni aje ada slowwww sikit..SSorry naaa...OK! buat kue tiaw kantonis untuk makan malam ..

Bahan- bahan:
A-utk Meenya
2 bungkus kuetiaw
1 ulas bawang putih} diketuk
sedikit kicap manis
sedikit minyak bijan
minyak untuk menggoreng kuetiaw
  1. panaskan minyak bersama sedikit minyak bijan didalam kuali, tumiskan bawang putih dan kuetiaw.
  2. campurkan sedikit kicap manis, kacau rata.Angkat dan ketepikan
B- utk kuahnya
2 ulas bawang putih } diketuk
1/2 inci halia muda} dihiris halus
5 batang cili padi diketuk} jika suka pedas..
*sayur yang perlu dihiris
sedikit sawi
sedikit lobak merah
sedikit kubis cina
sedikit cendawan tiram
sedikit putik jagung
20-gm hirisan ayam+ daging+ udang
air rebusan ayam secukupnya
1s/kecil tepung jagung}dicairkan dgn sedikit air
sos tiram secukup rasa
garam secukup rasa
lada sulah secukupnya
minyak masak
 1 biji telur
Cara memasak kuah
  1. Panaskan sedikit minyak masak ,tumiskan bawang putih,halia dan cili padi hingga wangi. masukkan sedikit air rebusan ayam,biarkan mendidih
  2. masukkan  hirisan ayam, udang daging dan sayur-sayuran
  3. bila ayam& daging agak masak rasakan garamnya,masukkan juga sos tiram dan lada sulah
  4. masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati
  5. biarkan mendidih sebentar, pecahkan telur kacau seketika...tutupap[i 
  6. tuangkan keata kuew tiaw tadi.
  7. sedia utk dinikmati..>___<
Info dari kak lyn: "Boleh juga direnjiskan sedikit minyak bijan sebelum akhiri proses masakan.."

3 comments:

  1. sedapnyer Leen, mintak sepiring !!! hehehe

    ReplyDelete
  2. cendana kasih, sepiring jea..boleh! silalah hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...