My lovely friends---Thanks

Saturday, 31 December 2011

Kacang Phool bersama Roti perancis

Assalammualaikum Sohabat semua..
       Esok  kita dah nak masuk tahun baru 2012...ada ke buat apa-apa azam baru? hehehe bagi kak lyn pulak..Emmm tarak! azam..azamm..ni..bila kak lyn nak buat sesuatu,..kak lyn kuatkan semangat dan "bulatkan " Usaha .Usaha jea tau bukan badan! Tak nak..taknak..tak nak!hehehe waktunya tak kira..awal tahun ke,tengah tahun ke..tapi biasanya awal bulan lah..bila dah gaji! khii khiikhii.
 OK..kali ni kak lyn buat kacang pool untuk breakfast, kak lyn buat cara mudah..biasanya orang guna kacang parang tapi kak lyn guna baked bean jea ..kacang jugak kan? ok kita layan resepinya ya..

Bahan- bahannya
1 tin kacang panggang (baked bean)- dilenyek
400 gm daging kisar- direbus dgn sedikit air hingga masak,biarkan
1 s/besar cili kisar
2 biji bawang besar merah}
1 biji bawang putih }      dicincang
1 s/kecil lada hitam ditumbuk
1/2 s/kecil serbuk lada sulah
4 s/besar rempah kari daging
1/2 s/kecil jintan manis
air stk ayam secukupnya
garam & gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara memasak
  1. panaskan sedikit minyak didalam periuk, Tumis kan bawang merah,bawang putih dan cili kisar hingga pecah minyak
  2. masukkan jintan manis, rempah kari  dan lada hitam.kacau rata hingga garing
  3. kemudian masukkan daging kisar tadi , baked bean yang telah dilenyek dan air stok ayam.kacau rata.
  4.  masukkan serbuk lada sulah,gula dan garam secukupnya..kacau dan angkat
  5. *sedia dihidangkan dengan telur mata kerbau yg digoreng tetapi telur merahnya masih lembut bersama roti perancis dan ulam bawang besar & tomato yg didadu..perahkan pula jus limau kasturi..Pehh! sodappp kenyang sampai malam...hehehehe *
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012!!..SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU..AMINN...>___ <

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...