My lovely friends---Thanks

Sunday, 4 December 2011

~~**Ikan kembung bakar Petai**~~

assalammualaikum...sohabat!
Cuti sekolah ni tak bercuti kemana ke?emmm bagi keluarga kak lyn nampak gayanya duk kat Shah Alam jea la,,kalau berjalan pun sebab jemputan kawin atau jalan ke Melaka itu pun sebab gi meminang untuk anak saudara suami..
               kak lyn tetiba jak teringatkan keenakan ikan bakar kat Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang.Lama tak berjalan kesana..Huuhuhuu nampak gayanya, nak makan kenalah buat sendiri...walaupun tak berape serupa tapi asal rasa ado sikit pun jadilah...hahaha

ikan kembung bakar petai ku...
bahan-bahannya:
1 kg ikan kembung- dibersihkan

20 batang cili kering ]
6 biji bawang merah ]
4 ulas bawang putih ]             bahan dicampur bersama & dikisar
1/2 inci halia ]
1/2 inci lengkuas-jika suka ]
sedikt belacan-dibakar sebentar. ]
air asam jawa sedikit
garam & gula
petai sudah dikupas secukupnya
Daun pisang untuk membungkus ikan secukupnya

Cara memasaknya:
  1. panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak
  2. kacau seketika, masukkan air asam jawa, garam  & gula..rasakan biar masak sebentar
  3. sudah masak, ketepikan 
  4. ambil daun pisang,letakkan ikan , sambal tumis tadi, petai dan dibungkus kemas kemudian di bakar atas kuali leper @ atas bara arang...siap
  5. sodap di makan bersam nasi panas!! pehh!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...