My lovely friends---Thanks

Friday, 4 November 2011

Urap Terung & taugeh ( kerabu)

Assalammualaikum,,  kak lyn  binggung nak masak apa hari ni..kalau nak di ikutkan lusa semua Umat Islam akan meraikan Hari Raya Haji.. emmm..kaklyn pun busy la..membuat beberapa tempahan biskut & juga kek .Tidak le banyak macam raya puasa..tapi adalah jugak..nak buat untuk rumah sendiri lagi..,maklumlah,,adik beradik En.suami semua nak berkumpul dirumah kak lyn sebab mak mertua ada disini..Ok cukup udah melalut..Urap ni.senang jea membuatnya..
bahan- bahannya
3 biji terung- dihiris ikut suka ya..
sedikit taugeh
sedikit kelapa parut
sedikit daun cekur (jika suka)

6 biji cili padi*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih *
sedikit ikan bilis*
garam*
*bahan ini ditumbuk bersama..
caranya
  • panas minyak,tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi
  • masukkan terung bersama sedikit air,kacau rata..
  • apabila terung sudah agak masak masukkan kelapa dan gaul rata..
  • kemudian masukkan taugeh &daun cekur,kacau seketika hingga rata
  • rasakan garamnya..kalau ok tutup api siap!

selamat mencuba hidangan yg ringkas dan cepat ni..

2 comments:

  1. Salam Kak Lynn,

    Terima kasih tak terhingga atas kesudian Kak Lynn berkunjungan ... yelah lama sungguh kita tak berziarah kan? Apa khabar? Sedap urap tu menyelerakan.

    Apa-apa pun Selamat Hari Raya Haji pada Kak Lynn sekeluarga. Semoga sentiasa di rahmati dan di berkati.

    Keep in touch and take care.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...