My lovely friends---Thanks

Monday, 14 November 2011

>>> Shepherd's Pie>>>>

Assalammualaikum..
  Minum petang yang sangat meriah..Al-maklumlah bila family mula berkumpul..hehehe masing- masing buat permintaan nak makan apa.. macam kat kedai..heheehee sebagai Tuan rumah A.k.a Ketua chef hahaha! boleh gitu! akan ku cuba sedaya upaya,tapi  diorang kenalah  dengar kata arahan dari "ketua".kena kerja mengikut tugasan masing-masing ....baru boleh EnJoY makan!Antara menu pada petang tuu selain mee goreng mamak & karipap sardin ,kak lyn buat Shepherd Pie!...tentu ramai dah tau membuatnya & yang pasti ada pelbagai cara tersendiri tapi yang pasti shepherd pie ni..dibawah ada inti pienya ,atasnya ditutupi oleh kentang lenyek dan dibakar..siaplah..hehehe

Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 bungkus daging kisar dlm 800gm
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 cawan carrot @ mix vege
1 batang celery dihiris nipis
1 kiub stok daging di campur sedikit air
1 s/kecil oregano kering
1 helai daun bay kering
1 s/besar lada hitam kisar
2 s/besar tepung jagung
4 s/besar minyak zaitun
garam secukup rasa

Cara memasak inti pie:
  1. panaskan minyak zaitun dan goreng bawang besar,masukkan daging kisar bersam air stok hingga daging bertukar warna
  2. masukkan semua sayuran, serbuk ladahitam,oregano,daun bay, dan renih hingga agak kering-air sekadar menutupi 1/2 bahan inti 
  3. masukkan tepung jagung dan apabila telah pekat kuahnya,masukkan garam dan matikan api
  4. tuang bahan inti kedalam bekas (casserole) dan padatkan
  5. tutup bahan inti dgn kentang lenyek..
Bahan kentang lenyek:
5 biji kentang russet sederhana besar
2 ulas bawang putih _di ketuk sedikit
2 s/besar butter
1/2 cawan susu segar suam @ air rebusan kentang tapi sedap guna susu laa!
1/2 s/kecil serbuk lada silah
sepeket parutan keju mozarrella
serbuk pamesan
sedikit serbuk English parsley kering utk hiasan..
Caranya:
  • kupas kentang,kemudian dipotong kuib bersama bawang putih dan rebus di dalam air bersama sedikit garam hingga empuk
  • toskan airnya ,kemudian lenyek kentang +bawang putih tadi+butter hingga benar2 halus
  • masukkan garam,susu suam dan lada sulah, kemudian digaul hingga sebati & gebu...
  • taburkan keju menutupi inti pie sebelum meletakkan kentang.Kemudian tutup keju dengan kentang lenyek,
  • lorekkan dgn menggunakan garfu diatasnya dan di taburkan keju mozarrella + parmesan juga parsley 
  • bakar didalam ovenpada suhu200'c selama 10 min @ hingga warna keemasan...
  • Sedia untuk dihidangkan..


inilah rupa shepherd's pie yang telah di Ngap!! Yummmmyy


6 comments:

  1. Salamm..terima kasih singgah kat umah atie ya.lapar la pulak bila mai sini & nampak shepherds pie nih!

    ReplyDelete
  2. Salam Lyn,

    Rajinnya buat pai ni,nampak sedap sangat..nanti Kak Ros nak cuba buat...

    ReplyDelete
  3. hai,atie! ur wellcome here..heeeheee

    ReplyDelete
  4. kak ros..buat jangan tak buat,buat lebih2 pastu pass kat s/alam ya..hiiihii

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari kami sekeluarga....

    fuhh... tengok masakan terus lapor la pulak...
    pandai ye memasak...

    ReplyDelete
  6. salam kenal gak! terima kasih singgah & follow lyn,nanti i follow balik ya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...