My lovely friends---Thanks

Sunday, 20 November 2011

rezeki..cuti sekolah 2011

Assalammualaikumm...sahabat semua!
Pejam-celik..Pejam -celik dah hujung tahun..Anak-anak pun dah mula cuti sekolah akhir tahun..Cepat betul masa berlalu ya..umur pun semakin meningkat..HUhuhuuu..tapi harap-harap begitu jugalah dengan amalan ibadah kita ya...hmmm .Sebenornya kak lyn nak kongsi cerita aje..sepanjang 2011 ni..adalah beberapa tawaran catering yang kak lyn terima dan sudah diusahakan.Alhamdullilah berjaya jugaklah dalam rasa tak berapa confident tu...Yang terbaru adalah pada 15/11/2011 ~17/11/2011 di Taman Botani Shah Alam..
       Kak lyn kena menyediakan makanan sarapan pagi & makan malam untuk Rombongan budak sekolah dari negeri Johor seramai 2 buah bas..Mak oooi rasa gugup jugalah masa nak terima job ni,,hehehehe tapi syukurrr sesangat kepada Allah , semuanya berjalan dengan lancar.Pada mulanya pening jugak kepala nak menyediakan menu..sebab cikgu tu pesan tak boleh ada daging lembu sebab ada murid dan guru beragama Hindu,tak mau masakkan ikan sebab ramai budak tak makan ikan..dan kalau boleh jangan masak pedas-pedas takut budak sakit perut...heehee akhirnya..kak lyn masak lauk ayam jea tapi ada jugak buat mini burger daging  juga burger Ayam..kita layan gambar ya..

Day 1 menunya~ayam kicap,sayur lemak,ikan kering&sambal belacan,agar-agar milo
masak nasi 8 kilo beras..semua beres x membazir,Alhamdulillah..

Day 2~b'fast menu Mee hoon goreng ,chocolate chip muffin & teh O panas
selepas sarapan mereka mula bergerak ke bas pulak..


Day 2~ BBQ menu Homemade burgers,chix grill wt blackpepper sauce ,Coslow,chix nuggets,& nasi goreng cina

Day 3 b'fast menu~ nasi lemak telur ,karipap kentang & Teh O panas



4 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tu lyn
    akak nak masak unk 4 org pun dah cungap...hihi

    ReplyDelete
  2. heheehee ya rezeki kak,takut pong lyn cuba gak!tapi so far max makan utk 100 org je berani cuba.ini pun ada bantuan dr hubby &family..>_0"

    ReplyDelete
  3. semoga bertambah rezeki kami doakan.... cayalah boleh buat makanan untuk 100 orang...

    ReplyDelete
  4. terima kasih,Kazman &sue atas doa itu..heheehee cuba..cuba..dulu! masih byk yg perlu dipelajari..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...