My lovely friends---Thanks

Friday, 11 November 2011

~Kue Teow/kuetiau Kung Fu~

fuyoo!! berkungfu lah jugak nak makan panas-panas! ;p

Assalammualaikum..
 Makan malam yang sungguh mengenyangkan hihihi..sebenornya malas nak makan nasi tapi tidaklah Diet ya... Tekak ni rasa nak makan makanan berkuah je pulak! apa lagi petang-petang kak lyn dah ke kedai cari bahan..kak lyn memang gemar kue tiau ni..anak lelaki kak lyn jea lemah sikit nak makan sebab banyak sayur..huhuhu nasib baik meenya ada telur,makanlah syahmi dalam keadaan berhati-hati sayurr..hihihih nak buat mee ni senang jea dlm 30min siap untuk 6 orang makan...

Bahan-bahan Meenya:
2 paket Kue tiau- dileraikan & dicuci toskan
6 biji telur - hehehe 1 biji utk 1 orgnya mee
sedikit kicap manis
sedikit lada sulah
caranya:~
  1. pecahkan 1 biji telur kedlm gelas,titikkan sedikit kicap & lada sulah kemudian kacau sebentar
  2. masukkan kuetiau kedalam gelas telur tadi ( ini agak-agak lah ya)
  3. panaskan minyak dlm kuali
  4. apabila minyak panas tuangkan campuran kuetiau telur tadi , goreng hingga agak garing dan terbalikkan
  5. ulang semuanya hingga habis dan ketepikan sebentar
BAHAN-BAHAN KUAHNYA;
10 ekor udang~ bersih
2 ekor sotong~ dipotong
100 gm isi ayam ~dihiris

2 ulas bawang putih }
3 biji cili padi          } ditumbuk sedikit
1inci halia muda     }

100 gm sawi }
4 btg  putik jagung }
1/2 btg lobak merah }     Dihiris
1/4  kobis bunga panjang}
1 S/kecil minyak bijan
500ml air
1 kuib stok ayam
1/2 cwn air + 1s/besar tepung jagung
sedikit lada sulah
garam
1 s/besar minyak utk menumis

Cara Memasak:
  1. panaskan minyak masak ,tumiskan bahan yg ditumbuk hingga wangi & garing
  2. kemudian masukkan isi ayam,udang ,sotong,minyak bijan,air &stok ayam biarkan mendidih
  3. masukkan sayur-sayuran,garam, lada sulah dan biarkan mendidih selama lima minit
  4. masukkan campuran tepung jagung..agak-agak mengikutan kepekatan kegemaran sendiri,kacau seketika
  5. Akhir sekali masukkan kuih tiau kedalam mangkuk,tuangkan kuahnya dan taburkan bawang goreng..
  6. siap utk dihidang
makan dgn cili potong + kicap



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...