My lovely friends---Thanks

Thursday, 3 November 2011

Cendawan goreng tepung & sambal kicap




Cendawan goreng

Assalammualaikum...
 petang- petang time hujan lebat..tiba-tiba teringat bestnya,,,kalau balik kampung kat Johor ,sure kak lyn dah beli 2-3 ringgit cendawan & pisang goreng ..cicah pulak dengan sambal kicap, Ohh..Marvellous!!tapi yang tak syoknya kak lyn kat sini..mana nak jumpa cendawan goreng....pisang goreng adalah!Nampak gayanya kena buat sendirilah.aduyaiii .Adunan ni sebenarnya main agak2 jea ,jangan pekat sangat atau cair sangat tau!macam mana tu.?

 Bahan-bahanya lebih kurang macam ni ya..
2 paket cendawan tiram
1/2 cwn tepung gandum
1/4  cwn tepung beras
1 s/ kecil serbuk ketumbar
1/2 s/kecil serbuk jintan manis
1/2 s/kecil serbuk jintan putih
1 biji telur
sedikit bancuhan air kapur
garam
1/2 serbuk ikan bilis (jika suka..xdak pun tak pe)
sedikit serbuk kunyit
caranya
  1. campur kesemua bahan kering, kacau rata
  2. pecahkan telur ke dalam tepung adun sebati
  3. campurkan sedikit demi sedikit air bercampur kapur makan sambil dikacau adunan tepung itu
  4.  dapatkan adunan yang tidak terlalu pekat @ cair ,
  5. masukkan beberapa keping cendawan dlm tepung dan bolehlah digoreng dalam minyak panas

..bahan sambal kicap
10 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit gula
kicap manis
*tumbuk atau kisar halus kesemua bahan diatas dan campurkan kicap..rasakangaram & gulanya siap!

3 comments:

  1. Salam ziarah,
    Boleh try ni......

    ReplyDelete
  2. sedapnya..cicah dgn sambal kicap..

    ReplyDelete
  3. ros:terima kasih singgah..trylah..makan panas-panas sedap..

    kak kasih:sedap..org johor xleh lari dari sambal kicap..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...