My lovely friends---Thanks

Tuesday, 22 November 2011

Batang keladi masak asam pedas

Assalammualaikum..

Makan tengah hari yang simple jea..Puas kak lyn mencari sulur keladi di pasar Shah Alam ni ..Hush!! payah betul nak jumpa yang nampak cuma batang keladi..batang keladi pun batang keladilah...janji sama datangnya dari pokok keladi..hihihi lama nak makan sayur ni...macam mengidam laa pulak!! jangan miang keladi sudahlah ya...

bahan-bahannya:
1 ikat batang keladi~ disiang kulitnya,dipotong kecil ,direbus hingga empuk & ditoskan
*12 batang cili kering @cili merah~ kak lyn guna cili kering yg direbus dahulu
*4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*sedikit ikan bilis kupas
*sedikit kunyit jika suka
**bahan ini dikisar@ ditumbuk bersama
1 mangkuk air asam jawa (nak guna asam keping pun boleh)
sedikit air
garam
1 s/besar minyak utk menumis (kalau nak direbus aje pun boleh)
 Cara memasak:
  1. panaskan minyak dalam periuk,kemudian tumis bahan kisar hingga wangi &terbit minyak
  2. masukkan air asam jawa dan air,masak hingga mendidih
  3. masukkan batang keladi yg telah direbus tadi dan dikacau seketika
  4. masukkan garam dan rasakan kuahnya didihkan sebentar..siap..
hehee inilah menu keluarga kak lyn hari ni,.makan pulak dengan nasi panas dan ikan siakap bakar cicah air asam kicap dgn cili potong..Jemput makan semua..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...