My lovely friends---Thanks

Monday, 21 November 2011

~: Bakso@ Indonesian meat ball soup :~

Assalammualikum..
kak lyn buat bakso ni semalam tapi baru hari ni nak post kat sini.., Sekarang ni kan, bila petang aje, hujan turun lebat kat Shah Alam..Alhamdullilah...Sejukkk & nyaaamaan jea rasa, mulalah terbayang alangkah nikmatnya kalau  menghirup sup panas! SrrRRuuupp...nyummm,,nyumm, daging kisar pun ada lagi kat dalam "esbox"tu...kita pun gunakan buat meat ball!!! lalu terhasillah Bakso ....
                 .kak lyn dapat resepi ni lama dulu masa duduk kat kg Dato Keramat KL.ada kenalan kaklyn,orang Indonesia lama tinggal &kawin dengan orang sini..Kakak ni berniaga depan sekolah agama anak kak lyn.. sambil tunggu anak keluar sekolah,kak lyn selalu lepak kat warung dia sambil makan bakso..last-last mintak resepilah pulak..Dia tak kisah share..tapi kak lyn ubah sikit,maklumlah akak tu resepi orang berniaga..cuma pakai air rebusan bebola daging + stok kuib daging tu jea untuk buat supnya. kak lyn pula tambah  tulang tulang lembu dalam air rebusan sup untuk lebih powerrrr..heheehee sendiri nak makankan?apa salahnya!kita tengok resepi ok...

Bakso makan bersama sambal kicap..Perhh!
Bahan-bahannya:
  • Mee hoon@ mee kuning 1 bungkus~dicelur &ditoskan
  • Taugeh }
  • kobis  }             DIHIRIS HALUS
  • daun bawang  }
  • bawang goreng~untuk hiasan
  • **UNTUK BEBOLA DAGING**
  • 400gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih ditumbuk halus
  • 1 biji telur( kak lyn cuma ambil putih telurnya aje..)
  • 1 s/kecil tepung ubi/tpg jagung
  • sedikit serbuk lada sulah & garam
  • air untuk rebusan
  • caranya:
  • sementara menunggu air mendidih,gaul semua bahan utk membuat bebola daging,bentuk bulat memngikut saiz yg kita suka.masukkan bebola kedalam air rebusan.Bila bebola masak ianya akan timbul.(jika kita nak simpan dlm freezer,selepas angkat masukkan bebola kedlm air berais kemudian tos &sedia dibekukan)jika ingin terus digunakan..biarkan  kuah seketika.
*UNTUK KUAH SUP*

3 BIJI BAWANG MERAH#
3 ULAS BAWANG PUTIH#
1 BIJI BAWANG SEDERHANA BESAR#
1/2 INCI HALIA &LENGKUAS#
1 BIJI BUAH KERAS#
#bahan yg dikisar
1 batang serai diketuk
1 helai daun limau purut
kuib pati lembu/ayam
serbuk lada sulah
400GM TULANG LEMBU
AIR REBUSAN BEBOLA
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

CARA MEMASAK:
  1. panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai 
  2. masukkan air rebusan bebola,tulang lembu,kiub daging dan daun limau
  3. biar mendidih, masukkan bebola,garam dan srbuk lada sulah
  4. didihkan seketika,rasakan garamnya..siap bolehlah dihidang.
Cara menghidang:
letak mee dlm pinggan,taburkan kobis +Taugeh +Kuah sup +bebola+ bawang goreng
makan bersama 6 biji cilipadi yg ditumbuk bersama 1 biji bawang putih ,garam + kicap ABC & sos cili(jika suka).nak lebih best perahkan limau nipis kedalam sup...
~~~SeLaMaT MeNjAmU SeLeRa!~~~~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...