My lovely friends---Thanks

Wednesday, 5 October 2011

@@SaYuR gOrEnG DaGiNG blAcK PePPeR@@

Assalammualaikum...
.Atas permintaan kawan-kawan di FB kak lyn ada yang bertanya, macam mana kak lyn buat sayur goreng daging black pepper tempoh hari.?.sebenarnya tak ada apa "secret recipes"pun..biasa aje,main campak-campak lor!! .Apa - apa pun kaklyn share jugaklah macam mana cara membuatnya dalam blog ni.khi..khi..khi.

sayur goreng daging black pepper
bahan-bahannya:
A
daging 300gm ~ dihiris nipis,dibersihkan dan diperap bersama.
1 s/besar black pepper yg telah di tumbuk halus
1s/besar sos tiram
1s.besar kicap pekat
* dibiarkan seketika..
B
sedikit cili kering ~ dicuci ,direbus seketika Dan toskan
3 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
*bahan B di kisar halus
C
1 biji bawang besar holland(kuning)~dimayang
1 inci halia muda ~ dihiris nipis
brokoli di potong                   }
carot dihiris nipis                    }dicuci
1paket kecil cendawan tiram  }
*boleh guna sayur yang lain juga
kicap manis
garam (jika perlu)
gula (jika perlu)
minyak

cara-caranya
  1. panaskan minyak dalam kuali,tumiskan 1 atau 2 sudu makan cili blender hingga terbit minyak
  2. masukkan daging yang telah diperap tadi bersama 1/2 cawan air,masak hingga daging empuk.
  3. dalam periuk lain , didihkan air bersama secubit garam dan minyak untuk mencelur brokoli & carot seketika
  4. bila kuah daging sudah mula pekat, masukkan bawang besar dan halia yang dihiris tadi,kacau rata
  5. masukkan cendawan dan sayur yang telah di celur tadi
  6. kacau rata.masukkan kicap manis dan rasakan garam dan manisnya..kalu dah ok.. tutup api 
  7. siap untuk dihidang
* sayur brocoli & carot kak lyn celur seketika supaya ianya masak tapi kelihatan hijau dan rangup bila dimakan..
@@ selamat mencuba !!@@

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...