My lovely friends---Thanks

Tuesday, 18 October 2011

roti lapis daging berkeju

assalammualaikum...

Kak lyn rasa nak buat makan-makan  diwaktu petang la..ketika ni hujan turun dengan lebatttttt sangattt kat Shah Alam, Perut pun lapar laa pulok!kat otak dah terbayang macam2 menu nak makan tapi selongkar gobok(hee Almari) kat dapo ada jea bahan yang tak dak..nak ke kedai malasnyaa coz hujan! hee toleh kiri toleh kanan ..nampak laa roti yang x laku,huhuhu anak-anak kak lyn tak minat roti Bai ni..kesiaan dia..
roti bai..yg xlaku,tapi kat kedai mamak makan pulak!.
roti yang sekarang digemari anak2 ku...


so daripada expired gitu saje roti tu,,baik ku buat apa yg patut..bahan2 pun guna apa yang ada jea!!
Mula- mula tu buat inti macam biasa,ikut suka lah nak buat yang kari ke,yang putih ke,atau sambal sardin ke..kak lyn buat inti ayam kari campur sayur..
bahan2 untuk Intinya
kentang 2 biji~potong dadu
400 gm daging kisar ayam/ daging
1 tin cendawan butang~ dihiris nipis
1/2 btg celery ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar holland ~ potong dadu
2 s/b serbuk kari + sedikit air
1 s/besar  cili +bawang merah+bawang putih + halia ~yg telah dikisar
garam
minyak utk menumis

Inilah rupanya sebaik keluar dari Oven...

cara
  • panaskan minyak dlm kuali,tumis cili kisar hingga wangi, masukkan kari,
  • masukan kentang,kacau sebentar..bila agak empuk masukan daging
  • daging masak masukkan bawang,celery kacau..
  • masukkan cendawan ,rasakan garamnya
  • siap.
 utk bahan rotinya
12 keping roti~ kalu lebihpun xpa so jadi berlapis2 laa
1 1/2 cwn susu UHT /segar ]
4 biji telur                           ]
1/2 s/k garam                     ]   dicampur & dipukul sebentar
1/2 s/k lada sulah               ]
caranya:
  1. panaskan oven 180'c
  2. masukkan roti kedalam adunan telur tadi, koyakkan kecil hingga hampir lumat..
  3. sediakan loyang yang telah di gris
  4. buat satu lapisan roti pada loyang
  5. kemudian taburkan inti daging dan seterusnya lapisan roti lagi. 
  6. pada lapisan atas , taburkan keju mozarela
  7. dan bakar hingga masak..
ada lagi lebihan inti tadi kak lyn buat puff pulak.."TeRleBih SuDah!!!"

ok lah..Akhirnya laku sudah roti yang tak laku tadi. ;-)


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...