My lovely friends---Thanks

Thursday, 6 October 2011

Roti Jala Kuah kari

Assalammualaikum..semua..
     Roti jala...Emm berjangkit dah dengan Mak LOng..hihihhi kak lyn pun nak menjala jugak! Tapi ada cerita sedihlah jugak kak lyn nak share pasal  roti jala ni..sebab teruja sesangat nak buat roti jala guna botol sos yg 3 lubang tu..tapi cari punya cari.. hishhh!! tah ke mana letaknya??. last guna, masa bulan puasa dulu huhuhuhu sodih betul lah,tapi oleh kerana kari ayam dah buat so kak lyn teruskan ajelah hajat nak menjala tuuuu..kita gunalah balik acuan lama roti jala kita ..inilah hasilnya...

roti jala dengan kari ayam
Adunan Roti jala:
3 cawan tepung gandum
1 s/besar minyak masak
3 cawan air/susu sejat/santan/susu UHT ~ kak lyn guna susu UHT
1biji telur 
1 s/teh garam
1 s/teh serbuk kunyit

cara membuat roti jala:
  • masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar halus
  • kemudian tapis adunan tu sebelum di gunakan
  • kita  perlu menambah sedikit demi sedikit air jika adunan masih pekat ketika menggunakan acuan jala
  • gunakan non-stick kuali leper untuk senang ketika membuat corak roti jala..
  • panaskan kuali,kemudian gunakan acuan yg telah diisi adunan ,buat corak pusaran  tanpa putus diatas kuali tadi
  • apabila adunan tepung itu bertukar warna ke kuning terus angkat roti jala ke pinggan untuk digulung
  • siap..begitulah seterusnya sehingga adunan habis..
* hidangkan roti jala bersama kuah kari ayam ..sangat sesuai untuk makan petang juga sarapan pagi..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...