My lovely friends---Thanks

Thursday, 27 October 2011

Nasi beryani kambing~ menu Depavali ..heehee

Assalammualaikum dan selamat menyambut hari cuti Depavali!!
 Anak-anak bercuti 2 hari sempena cuti raya depavali ni..untungkan jadi anak Malaysia!cuti raya setahun beberapa kali..hihihi
 So mood memasak pun kena ada, sebab diaorang tak sekolah..asyikkkk nak gi makan jea laa.. lagi-lagi sekarang ni hujan memanjangkan?Kak lyn masak nasi pakai periuk nasi Smart cooker jenama Buffalo so far ok je klu nak menumis atau masak beryani ni,bukan tak boleh masak atas dapur..tapi kalu masak x banyak lebih senang pakai cooker.hihihi

bahan-bahannya:
3 gelas /665gm beras Basmathi~ dicuci &direndam 1jam sblm masak.bila nak masak,Toskan berasnya.
A
1biji bawang besar      ]
3 ulas bawang merah   ]
3ulas bawang putih      ] bahan dikisar halus
1 inci halia                   ]

B
5 keping daging kambing biri2( bersama tulang&lemaknya)kak lyn beli yg dah siap dipotong..
2 s/besar bahan A                                                 
1 s/besar serbuk ketumbar                                    
1/2 s/besar serbuk jintan manis &jintan putih
1/2 ikat daun ketumbar - dihiris halus
secubit garam
**bahan -bahan diatas digaul bersama dengan daging kambing **biarkan seketika
C
1 s/besar minyak jagung
1 s/besar minyak sapi
semua baki bahan A
1 inci kayu manis          }
3 biji buah pelaga        }BAHAN TUMISAN
2 kuntum bunga lawang}
4 gelas/1.5 ml air
1 botol kecil Yogurt asli..maaf lupa beratnya dlm gm tapi yg biasa beli kat pasaraya tu !
1 s/kecil garam
1/2 s/besar jus lemon @sunquick
bawang goreng utk hiasan.
Caranya:
  1. panaskan minyakjagung &sapi didalam periuk,tumiskan 3 bahan tumisan, masukkan baki bahan kisar A hingga wangi.
  2. masukkan daging kambing yg telah diperap tadi ke dalam periuk,kacau rata sampai daging bertukar warna masukkan air.
  3. bila air mendidih masukkan sunquick, garam kacau seketika ..tutup api
  4. masukkan daging kambing & beras ke dlm rice cooker ,kemudian tuangkan airnya yg kita masak tadi kedalam cooker tu.(kita masak daging bersama beras sekali)
  5.  masukkan yogurt (kalau nak tukar ke susu cair pun ok!)dan kacau perlahan-lahan,ON suis cooker & masak nasi seperti biasa .


bahan2 salad:
 beberapa kelopak daun salad -di potong dua
1 btg Timun jepun - hiris nipis
2 biji tomato - belah 4
1 biji bawang besar- hiris nipis
sedikit daun ketumbar - hiris halus
5 batang cili padi hijau
1/2 biji jus lemon
sedikit minyak zaitun
sedikit gula (jika suka)
Caranya:-  gaulkkan kesemuanya di dalam mangkuk besar...siap utk dimakan bersam nasi beryani tadi..





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...