My lovely friends---Thanks

Tuesday, 4 October 2011

NANGKA MASAK LEMAK

Assalammualaikum,
 makan tengah hari ni tekak rasa macam nak makan sayur kampung.Bila pergi ke kedai dekat rumah kak lyn biasanya  cuma ada sayur bandar..hihihi biasalah sayur bandar tu pada kaklyn macam sawi,bayam, kangkung dll tapi, hari ni ada pulak nangka yang sudah dipotong dan dibersihkan...Emmm tanpa berlengah lagi terus capai sebungkus berserta santan..nak masak lemak..Yea!! suka..suka..
               So inilah menu makan Tengah hari kak lyn untuk hari ini~Nangka masak lemak,Sambal belacan tomato bersama Ikan masin,Ikan Cencaru goreng dan Sayur goreng Daging black pepper (ini kena buat sebab anak kaklyn tak pandai makan sayur nangka.).huhuhu

menu tgh hari yang simple..
sayur nangka masak lemak

Nangka masak lemak:
1 bungkus nangka ~dibuang membuluh kerasnya , dibersihkan dan direbus hingga empuk
1batang serai ~ dititik
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup @ sedikit sebuk kunyit*
sedikit ikan bilis kopek*
sedikit garam*
*ramuan di atas hendaklah ditumbuk bersama
1 bungkus santan

caranya
  1. buang air rebusan nangka tadi
  2. masukan santan bersama ramuan yg ditumbuk dan serai
  3. masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih
  4. rasakan garamnya
  5. siap untuk dihidang..

2 comments:

  1. sedapnya tgok sambal dan ikan masin tu

    ReplyDelete
  2. hihihi...sambal sempoii je tu kak..ikan masin tuk menambah selero...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...