My lovely friends---Thanks

Saturday, 29 October 2011

Kuih Lopes

Assalammualaikum ..kuih lopes , antara kuih lama  yang menjadi kegemaran kak lyn ketika makan di waktu petang..kak lyn udah  membuatnya beberapa hari lepas tapi baru nak post kat sini..Rasanya ramai dah tau,macam mana nak buat kuih lopes ni kan?..tapi untuk tatapan anak kak lyn dimasa depan ..Insya'Allah..

bahan-bahannya;
300 gm  beras pulut
1/2  biji santan kelapa
1/2 biji kelapa parut putih
air daun pandan secukupnya(dikisar & tapis)
Cara membuatnya
  1. pulut di basuh dan direndam semalaman,kemudian ditoskan
  2. letakkan didalam loyang bersama dengan air daun pandan & santan pada paras pulut.Tambah sedikit garam
  3. kukus hingga masak,bila sudah masak,masukkan dalam acuan.( kak lyn cuma mampatkan pulut dlm loyang tu aje pastu guna acuan bulat utk membentuk
  4. bolehlah disalut dgn kelapa parut dan dimakan bersama air gula melaka
loyang dialas dasarnya dgn daun pisang & kak lyn guna cara ni utk membuat bentuknya..
Bahan-untuk air gula:
2 buku gula melaka- dipotong kecil
air secukupnya
Caranya: didihkan air bersama gula melaka sehingga pekat.hidang kan bersama kuih lopes..

2 comments:

  1. Assallamualaikum Lin.
    Ermm, pakai penerap jer eh nak dapatkan bentuk bulat tu.. Bagus idea ni. Selalunya Naz lepas kukus mesti balut dalam aluminium foil utk jadikan silinder(kes malas nk cari daun pisang..hehe) sblm dipotong menjadi bulat2.. Tq share idea ni..

    ReplyDelete
  2. hehehe tulah naz,selalu mak lin..balut dgn daun pisang..err lin malas nak balut tuu yg buat mcm ni,hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...