My lovely friends---Thanks

Friday, 14 October 2011

~:::Bubur Nasi IKan Dory :::~

Assalammualaikumm sahabat semuaa....
Cuaca sejak dua - menjak ni  tak menentu..sekejap hujan,,sekejap panas..kalau panas tu,, ya! Allah rasa matahari tu dok sejengkal je dari kepala...So oo mulalah tekak dok minta minuman berAis jea kan?..lepas tu mulalah sakit tekak..selsema..batuk dan demam melanda! hihihi kak lyn dok membebel macam doktor dan ahli kaji cuaca lak!! Bukan apa..anak kak lyn yang "Kakak " tuuu dah seminggu dok sakit tekak dan selsema..Mana taknya balik dari sekolah kebangsaan ..Panas-panas terus masuk bilik pasang aircond pastu... keluar balik ke panas , nak ke sekolah Agama pulak!! kat sekolah dok minum air ais aje..HIshhh!!! mana tak sakit tekak..
        bila sakit tekak+panas badan, mulalah tak ada selera nak makan nasi. .Perut masuk angin... dah sakit kepala pulak..macammana nak jawab kertas periksa nanti,,Risaukan anak.kak lyn.masakkanlah bubur Ikan..,

Mula-mula tu..kak lyn masak bubur nasi macam biasalah...kak lyn masak bubur atas dapur biasa jea tapi kalau nak masak bubur pakai periuk elektrik pun ok jugak!! bila nasi dah kembang jadi bubur tutup api, dan biarkan dulu.
      Untuk buat kuah bubur ikan ni..kak lyn guna fillet ikan Dory frozen,boleh tukar ikan lain  seperti ikan Merah,Ikan tenggiri atau kerisi,,,

bahannya
1@2 keping  Isi ikan Dory tanpa tulang -potong kuib
2 ulas bawang putih -di cincang kecil
1 inci halia muda - dihiris nipis memanjang
1 s/ besar minyak masak
1 helai daun bay / daun salam
1 sup bunjut -jika suka
1/2 s/kecil serbuk lada sulah dan lada hitam
1 liter air rebusan ikan bilis @ 1 kuib ikan bilis+ air -kak lyn guna air rebusan ikanbilis..
sedikit minyak bijan
garam
 bahan hiasan
daun bawang  hiris
char kue
cara-caranya:
  1. panaskan minyak dlm periuk,tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi..jangan sampai hangus!
  2. masukkan air rebusan ikan bilis, daun bay dan sup bunjut.. biar mendidih
  3. keluarkan sup bunjut, masukkan ikan..kacau seketika..
  4. bila ikan sudah masak , masukkan lada sulah ,lada hitam ,minyak bijan
  5. rasakan garamnya..tutup api.
  6. tuangkan kuah ikan kedalam bubur nasi tadi dan kacau di atas api kecil seketika..
kacau sebati..kemudian hias dengan daun bawang  dan bawang goreng ketika menghidang nanti''
** kak lyn buat cara ni supaya isi ikan tak hancur..**
selamat menjamu selera....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...