My lovely friends---Thanks

Friday, 30 September 2011

Nasi Arab~ masak Dalam periuk Elektrik...

Assalammualaikummm..
Lamanya tidak post apa2 cerita di blog ini...sebenornya ada banyak perkara yang kak lyn kena uruskan sepanjang syawal pada tahun ni.Jadi kak lyn belum ada kesempatan nak mengadap PC pada masa tu,tu laa pasalnya..huhuuhu
    ok lah! kita mula  dengan resepi nasi Arab ni..Nasi Arab ni ada banyak  cara untuk  memasaknya.Ikut citarasa masing - masing la ya... kak lyn pilih mana yang mudah dan ringkas caranya tapi sedap .  Ala-Ala macam makan kat restoren Arab Foods tu..hehehee
Nasi Arab +fried chicken+Beryani chicken + simple salad
bahan-bahannya (utk 6 org makan)

3 gelas beras basmathi(basuh & toskan)
3 gelas air(guna gelas yg sama semasa menyukat beras ok!)
5 ketul ayam yg dipotong kecil & dibersihkan
1 pokok daun sup/ daun ketumbar- hiris
2 s/b minyak masak
2 s/b minyak sapi
2s/b serbukjintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ]bancuh dgn sedikit air
1sup bunjut
1s/b oren sunquick( jika suka)
1 batang serai dititik
bawang goreng
1 ketul(med size) gula batu
garam

Bahan tumis;
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih}
1 labu bawang besar}    di blend halus
3 cm halia }

Cara
  1. masukan beras yang telah dicuci kedalam periuk elektrik bersama dgn sukatan air.ketepikan
  2. gunakan periuk lain utk panaskan minyak sapi & minyak masak.kemudian...Tumiskan semua bahan tumis & serai hingga wangi
  3. masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dgn air.kacau rata
  4. masukkan sup bunjut,ayam, gula, garam & oren sunquick. biarkan mendidih
  5. kemudian tuangkan ia kedalam beras tadi,kacau rata 
  6. masak seperti biasa menggunakan periuk elektrik...
  7. bila nasi kering.. taburkan bawang goreng dan daun sup jika suka..
** nasi arab sedap di makan bersama dgn ayam beryani, ayam/kambing panggang, ayam goreng,ataupun ayam tandori**
*** Untuk saladnya..hiris halus 1/4 kubis putih, 1 biji tomato,1 bawang besar, cili hijau,1 biji timun jepun.
Perah 2 biji limau nipis @ 1 biji lemon ,jusnya campurkan sedikit gula & garam,kemudian disatukan bersama sayuran tadi..**

3 comments:

  1. wau sedapnya
    perut tiba2 jadi lapar

    ReplyDelete
  2. HAiii..kak kasih!!! rinduunyaa dgn komen akak,lama lyn x post apa2kan heh!heh!heh!kalo perut lapar..kenalah kasi isi kak....:)) nyumm nyumm

    ReplyDelete
  3. Beri Laluan

    Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...