My lovely friends---Thanks

Friday, 5 August 2011

~:: ROTI JALA SERAWA DURIAN::~

ASSALAMMUALIKUM...
Juadah ni kaklyn masak untuk berbuka puasa hari ke 4 umat Islam berpuasa..Resepi ni kaklyn postkan atas permintaan kak Ann,member lama masa duduk Hostel ASPURI JB ,time sekolah- sekolah dulu..pada kak ann di harap bergumbiraa..hahaha..
bahan-bahan roti jala:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • sedikit garam
  • 4 helai daun pandan + 1 cawan air - diblend & tapis airnya.
  • sedikit minyak 
caranya
  1. air pandan +tepung gandum +garam +2 cawan air diblend pastu tapis supaya tidak berketul
  2. panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak
  3. masukan bancuhan kedalam acuan roti jala dan  bolehlaa menjala..hehehe
  4. bila kelihatan atas roti jala dah mengering( bukan hangus ya!)..cepat2 lipat @ gulung dan angkat..
bahan -bahan serawa durian:
  • beberapa ulas durian...ikut suka berapa banyak..
  • 2 cawan santan kepekatan biasa(klu beli kat kedai dlm plastik siap)
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan ( dikoyak &disimpul)
  • 2 sudu besar tepung jagung+ sedikit air untuk memekat kuah
caranya:
  1. masukkan Isi durian + santan+ air +garam + gula +pandan..masukan dalam satu periuk dan dimasak
  2. apabila gula larut , masukkan tepung jagung yang dibancuh dgn air kedalam kuah tadi.
  3. kacau perlahan
  4. agak2 dah masak tepung jagung tu.. dan kuah dah pekat ..tutup api.
* bolehlah menjamu selera...err tunggu azan Maghrib dulu yaaa...


1 comment:

  1. aduhhh sedapnya..
    akak dua2 suka
    makan dengan serawa durian dan dengan kari pun suka :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...