My lovely friends---Thanks

Friday, 15 July 2011

onde - onde labu

Assalammualaikum!!
Semenjak 2 menjak ni...kaklyn  ada busy sikit..Alhamdullilah rezeki dtg , jangan di tolak!betul tak? kekawan semuaa..hehehe siap sudah beberapa cookies ,macaroon, juga b'day kek yang diorder,masih  ada beberapa order sampai hujung bulan ni..nampak gayanya bilalah projek painting kaklyn nak siapkan?..,projek jahit langsir pun belum mula lagi ni.. huhuhu.Apa-apa pun petang tadi sempatlah buat kuih "Onde-onde Labu",Resepinya sempoiii je.
Onde - onde Labu

sumber: majalah Keluarga
bahan -bahannya:
250 gm tepung pulut
100 gm labu- direbus & dilecek
secubit gula
secubit garam
pewarna - jika suka(kaklyn x letak)

INTI
sedikit labu di potong dadu-( kaklyn buat adunan 1/2 inti labu,1/2 lagi inti gula melaka,tekak masih suka yg inti gula melaka)
kelapa  parut + sedikit garam- untuk digolek
caranya:
  • satukan semua bahan pertama bersama sedikit air,sehingga menjadi doh
  • ambik sedikit adunan ,masukkan inti dan bulat-bulatkannya
  • masukkan onde-onde kedalam air rebusan hingga masak (bila timbul tu..masak lah..)
  • keluarkan dan di golekkan bersama campuran kelapa tadi..
siap.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...