My lovely friends---Thanks

Friday, 22 July 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin sg. Pahang

Assalamualaikumm..
Hari ni anak dara kaklyn pergi ke camp Rabani di gombak.Camp ni anjuran sekolah Agamanya sempena kedatangan peperiksaan besar sekolah agama tak lama lagi. Alahaii bertambah sunyi le rumah...dia gemar masakan  gulai ikan patin so kaklyn pun masakkan lah, tapi  adiknya  pulak x suka kalau ada tempoyak! emmm kaklyn pun masak dua jenis masakan ikan kesudahannya..Anak-anak.kuturutkan aje lee..Ikan patin ni jauh datangnya,,hehehe dari kampung Mr.Hubby di Serambi,Pekan ,Pahang..
ikan patin tempoyak & sambal ikan sardin..heee
resepi ni kaklyn belajar dari MIL heee MOK pahang le..maklumlah kaklyn orang Johor ,dah tu membesar di rumah taman..mana kenal ikan sungai,apalagi  tempoyak! heehee. kaklyn kalau masak suka kuah tempoyaknya
jangan pekat sangat ( selalu kena tegur En suami kalau tambah tempoyak lagi baru kick!)sorry laa tukang masak suka yang Mild tempoyak jea..

bahan-bahannya:
1 @ 2 ekor Ikan Patin~ dicuci bersih
10 batang cili padi kampung *
1 inci kunyit hidup*
1 sudu kecil garam*
bahan* hendaklah di tumbuk halus @ diblend
3 keping asam keping
air untuk kuah secukupnya
1 ikat daun kesum
3 sudu besar tempoyak
Caranya:
  1. masukkan bahan yang ditumbuk dan air kedalam periuk 
  2. kacau rata dan masukkan asam keping
  3. masukkan daun kesum dan biarkan mendidih seketika.
  4. akhir sekali masukkan ikan danbiarkan mendidih
  5. masukkan tempoyak dan rasakan garamnya secukupnya dan biar mendidih.
  6. angkat dan  hidangkan
*kalau ada timun tua pun sedap kalau dimasukkan dalam gulai ni..tapi sayang kali ni kaklyn tak dapat pulak timun tu..Apa2 pun ianya satu hidangan yang mudah & menyelerakan bagi family kaklyn..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...