My lovely friends---Thanks

Friday, 24 June 2011

**Sum-sum Marble**

assalammualaikum & salam sejahtera!!

Kaklyn masih lagi in the mood makan makanan lembut-lembut gitu.Sekarang Alhamdulillah..sakit tekak dah berangsur baik..kaklyn buat bubur sum-sum ni waktu malam .Oleh kerana nak buatnya senang  tidak memerlukan masa yang panjang  entah macamana tiba2 saja kaklyn nak cuba sum-sum kalau dimarblekan.ya lee.macam boring jea kalau putih aje..kan? dari segi rupa & rasa..emmm tak ada beza sangat pun . hehehe resepinya ada di bawah ni..




Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji
1 sudu teh garam halus
5 cawan santan
sedikit coklat emalco
sehelai daun pandan

Cara membuatnya

  1. gaulkan semua bahan hingga sebati
  2. kemudian masak hingga pekat
  3. bahagikan kepada 2 bhagian (jika ingin marble )satu putih dan satu coklat.
  4. tuang berselang- seli dalam acuan dan biar beku.
  5. makan bersama air gula melaka
* sedap dimakan masa suam & juga sejuk*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...