My lovely friends---Thanks

Friday, 3 June 2011

spaghetti Bolognese


spaghetti ini memang biasa kita makan,disini saya sertakan resepi yang saya buat dan menjadi kegemaran keluarga,  ada yang saya tambah sendiri bahan-bahannya, mengikut kesesuaian keluarga ..didalam gambar kelihatan botol keju,olive oil dan tomato puree yg saya gunakan.
Bahan-bahannya:
1 bungkus spaghetti }direbus & ditoskan
2 tbsp cili paste}kisar cili kering+bawang kecil + bawang putih(kalau suka pedas)
3 tbsp Olive oil
2 biji bawang besar }dipotong dadu
3 ulas bawang putih}dicincang halus
1 helai Bay Leave kering
400 gm daging kisar
1 paket  sosej ayam}dihiris
4 biji buah tomato}dipotong dadu
700gm tomato puree (saya suka guna Fresh Italy tomato puree sbb rasanya yg kurang masam )kalau nak buat sikit kuah boleh kurangkan kpd 1/2.
300ml Air
1 kiub stok daging/ayam pun boleh.
2 tbsp Italian herb
1tspn English pasley }dicincang halus
2 tbsp serbuk keju Parmessan
gula pasir,garam dan serbuk lada hitam
cara:
  1. tumis cilipaste,bawang putih,bawang besar dan daun Bay dalam minyak panas
  2. masukkan daging kisar,kacau hingga berubah warnanya tuang sedikit air.masukkan hirisan sosej.kacau
  3. masukkan tomato yang di potong dadu,dikacau rata.
  4. masukkan tomato puree dan Italian herb kedalam kuah.
  5. tuang air dan stok daging kacau rata-rata.
  6. masukkan serbuk lada hitam,garam dan gula pasir.masak atas api perlahan hingga mendidih dan pekat. masukan sebuk keju parmessan &pasley .Angkat.
*Untuk menghidang letakkan kuah bolognese diatas pasta dan ditabur dgn serbuk keju parmessan."Enjoy!"
*kaklyn biasanya suka buat kuah banyak..sbb ianya boleh digunakan untuk buat pizza,lasagne atau baked macaroni. caranya..
ada lebihan kuah ..

 masukan kuah kedalam beg zipper macam ni,lepas tu simpan dalam freezer.

 kalau rasa nak guna jea,keluarkan 1 @2 bag..panaskan dan guna. kalau nak sediakan sarapan anak time sekolah senang jea,malam sebelumnya letak kat chiller.pagi boleh guna dan kalau xsempat rebus pasta..hehe bakar roti ,letak sos dan keju 1 keping( kalau suka.).siap!

2 comments:

  1. I just love that..
    abg sy pernah buat haritu memang sedap :D

    ReplyDelete
  2. ya haffiz memang sedap & sempoii je klu nak makan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...