My lovely friends---Thanks

Sunday, 19 June 2011

~SOTO AYAM ~

Lunch hari ini,tekak rasa nak makan soto..sebenarnya... dah lama rindu nak makan soto yang mak kaklyn buat.Oleh kerana dah lama tak balik Johor..tu la pasal! dah beberapa kali cuti sekolah tahun ni kaklyn jumpa mak  dekat tempat kitaorg bercuti jea..tidur Hotel kat melaka & pahang..lepas tu.berpisah.  mak balik Johor dengan adik, kaklyn balik S/alam dgn family..huhuhu sooo buatlah sendiri..disini resepinyaa..kalau rasa nak try buat laa.khi!khi!khi!


bahan-bahan
ketupat segera/ nasi empit yang sudah direbus dan ditoskan
1 ekor ayam-dipotong 8 dan dibersihkan
air secukupnya untuk di buat sup
6 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 biji buah keras *
bahan * hendaklah di kisar halus
1 sudu besar rempah sup + 1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan- disimpul
1 helai daun bay -jika suka
2 sudu besar santan pekat (untuk memekatkan kuah)
2 sudu besar minyak masak

cara-caranya
  1. panaskan minyak didalam periuk,tumiskan bahan kisar hingga wangi.masukkan air asam jawa +rempah sup dan kacau rata.
  2. kemudian masukkan ayam dan air secukupnya untuk di buat kuah sup.
  3. setelah air mendidih .rasakan garam dan biarkan 10minit,hingga ayam masak.
  4. keluarkan ayam daripada periuk, ketepikan ayam (isi ayam hendaklah di carik asing daripada tulangnya.Tulang ayam ini ,dimasukkan lagi kedalam sup soto semula.
  5. sup yang masih mendidih, dimasukkan santan secukupnya.Ianya hanya untuk memekatkan kuah.
  6. kuah soto siap untuk digunakan.
cara menghidang soto:
  • potong nasi impit yang telah sejuk kedalam mangkuk,
  • taburkan isi ayam , togeh,daunsup,bawang goreng,kacang tanah goreng ,su-hoon goreng
  • tuangkan kuah soto
  • sedap dimakan bersama bergedil dan sambal kicap..
* untuk membuat sambal kicap:
1o tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil gula pasir
kicap masin &manis secukupnya
cara:
tumbuk halus @ blend (guna air masak ) kesemua bahan kecuali kicap
campurkan dgn kicap dan rasa masin &manisnya mengikut kesesuaian sendiri

 untuk bergedil daging
bahannya:
 6 biji kentang di kupas dan di rebus ( air pada paras kentang/cukup untuk empukkan kentang je)
4biji bawang merah }dihiris dan di goreng
2ulas bawang putih } dihiris dan digoreng
300 gm daging kisar- direbus @ digoreng terlebih dahulu
daun sup }dimayang halus
sedikit lada sulah
2 butir telur (C)
garam secukup rasa.
cara membuatnya
  1. lecek kentang rebus tadi
  2. masukkan daging,bawang goreng ,daun sup,garam ,telur sebiji,dan lada sulah
  3. gaul sebati dan dibulat-bulatkan
  4. kemudian di celup dengan telur sebelum di goreng hingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...