My lovely friends---Thanks

Thursday, 23 June 2011

sambal ikan cencaru

lauk yang senang dan simple jea makan tengah hari ni..maklumlah badan kurang sihat sikit..tapi masih boleh memasak untuk Family..dah duty beb!! bukan tak boleh beli kat luar tapi kaklyn malas nak keluar rumah .masakan ni pun sekejap jea..

bahan-bahan nya:
5 ekor ikan cencaru - dibersih dan digaram kunyitkan.
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
50 gm cili kering* - direbus & ditos terlebih dahulu
bahan* di kisar dgn sedikit air hingga lumat
1 biji bawang besar - dimayang
1 tangkai serai di titik
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 sudu kecil perasa ikan bilis
1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa
 minyak untuk menumis

CARA
  1. goreng ikan seperti biasa dan ketepikan
  2. kurangkan minyak mengoreng, kemudian tumiskan bawang besar hingga agak layu,
  3. masukkan cili kisar tadi bersama serai
  4. kacau rata,hingga naik minyak
  5. masukkan air asam jawa dan kacau
  6. bila miendidih,masukkan garam, gula dan perasa ikan bilis
  7. biar hingga agak pekat,rasa garam manisnya
  8. kalau dah ok.. masukkan ikan cencaru goreng tadi
  9. kacau rata dan biar beberapa ketika,baru angkat.
siap untuk dihidang..

2 comments:

  1. wahhH!! sedapnya leen terbuka selera saya..rasa macam nak makan la pulak untuk berbuka puasa hari ni...tapi apakan daya siapa nak masak..balik rumah pun dah malam..alamat makan lauk mana yang ada ajelah..insyaallah wiken akan saya cuba...TQ sebab sudi kongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. oraittt selamat berbuka puasa..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...