My lovely friends---Thanks

Tuesday, 21 June 2011

..;;@@pineapple bread pudding@@;;..

as salammualaikumm kawan-kawan!
Hari ni syok ,kaklyn berjalan kat blog2 gang-gang masak yg sgt kreatif dan rajin-rajin belaka. Tergoda tgk kek yg dibakar,talam yg dikukus.dan macam-macam lagi..so puas le kaklyn memikir nak buat apa untuk makan petang nanti. teringat Nenas yg jiran kaklyn bagi tu ada lagi sebiji (dah masak ranum bebenor)
 Apalagi kaklyn pun bakor je..jadi puding roti..biasa orang guna nenas dalam tin kan.Ni kaklyn pakai nenas fresh.kita pun buat le guna resepi pudding roti yang biasa...tak tau pulak nenas ni manis ya amattttt..kalau la tau kaklyn akan kurangkan sukatan gulanya next time..hehehe tapi bila makan dgn kuah susu..ok jugak!
Resepinya:
12 keping roti putih~ dipotong dadu
6 biji telur (c)
1cawan gula ( kalau guna nenas madu mcm kaklyn, 1/2 cwn gula cukup dah)
2 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
1cawan susu sejat2 sudu besar essen vanilla
1/2 cawan kismis
1/2 cawan prune
1 1/2 cawan nenas ~ dipotong kecil
2 sudu besar mentega
 cara:
  1. cairkan mentega didalam periuk.masukkan nenas,gula 1/2 cawan,prune dan kismis.
  2. kacau bahan ini hingga gula keperangan @larut
  3. didalam bekas lain pukul telur dan gula bersama vanilla hingga rata
  4. masukkan susu dan krim
  5. pada bekas acuan susun roti berselang-seli dgn buahan yg dimasak tadi .
  6. tuangkan kastard yg dipukul ke dalam acuan.biarkan  roti terrendam selama 10 min
  7. bakar dalam ovenpada suhu 170'c selama 40 min atau hingga masak..
 untuk kuah @ sos..
bahannya:-
1/2 tin susu sejat
1 tin air@ susu segar
1 sudu besar tepung kastard
1/2 tsp esen vanilla
gula pasir 4 sudu besar @secukup manis masing-masing
sedikit garam
*** Masakkan semua bahan diatas sehingga mendidih..dan sejukkan dlm petiais sebelum diguna..***


pineapple bread pudding + sos+ ice cream ...nyamannn

2 comments:

  1. salam lyn,terliur pulak tengok icecream dgn puding ni tau..:)

    ReplyDelete
  2. heee memang.Anim.ditambah lagi makan masa hari panas..uuuu lembut aje dia cair masa kita telan ke tekak.....(saje jea nak mengoda..awak suruh buat!hehehe)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...