My lovely friends---Thanks

Wednesday, 22 June 2011

pancake

Assalammualaikum.. semua !
Pagi ni, kaklyn bersarapan ala "orang putih"..buat Pancake untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah tadi Aaachummm!!..pagi-pagi  dah kena selsema dan sakit tekak  la pulak! .jadi bila makan pancake yang lembut dengan maple syrup yang manis..baru ada selera..tapi sedih xleh minum kopi sebab makin laa perit tekak ku ini..huhuhu
bahan-bahan (dapat dalam 10 kpg saiz mcm ni)
115gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil  krim tartar
25 gm mentega
1 biji telur C
150 ml susu segar
1 sudu besar gula
secubit garam
caranya:
  1. campurkan tepung, soda dan krim tartar
  2. masukkan mentega,dgn menggunakan hujung jari gaulkan butter sampai berderai mcm serbuk roti
  3. telur di pukul dahulu dgn susu, kemudian tuang kedalam adunan tepung tadi sikit -sikit sambil dikacau
  4. gaul sebati hingga adunan tidak berketul
  5. panaskan kuali leper dengan sedikit minyak (mcm nak buat lempeng biasa tu)
  6. tuangkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali panas.
  7. kecikkan sedikit api ,masak hingga ada buih2 udara & tunggu hingga buih2 itu pecah baru terbalikkan
ok! siaplah sarapan kita ,makan pancake dgn jem,mentega dan maple/pancake syrup.

2 comments:

  1. suka suka
    akak biasanya makan kat mcD je..
    nanti nak try buat

    ReplyDelete
  2. kak kasih, buat laa sempoi je..kalau la boleh buat same saiz mcm McD lagi cun..hee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...