My lovely friends---Thanks

Thursday, 16 June 2011

PAJERI NANAS


Jiran kaklyn balik kampung  dia di Pontian,Johor cuti sekolah yg lepas.Dia bagi kaklyn 2 biji Nenas madu.Apa lagi 1 biji tu ,kaklyn pun buat le pajeri nenas . lama tak makan pajeri ni..

bahan-bahan
1 biji nenas - dipotong tiga segi dan direbus seketika
1batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum pelaga
5 biji bawang merah}dikisar
3 ulas bawang putih}dikisar
3 sudu besar serbuk kari
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kerisik
2 batang lada merah dibelah dua
garam secukup rasa
3 sudu makan minyak
cara-cara membuat:
  • panaskan minyak dan tumis bunga lawang,kulit kayu manis dan pelaga.
  • masukkan bahan kisar hingga naik bau.masukkan rempah kari dan biar hingga naik minyak
  • masukkan nenas bersama  air asam jawa ,lada merah, kerisik dan masak hingga nenas lembut.
  • masukkan gula dan garam.kacau sebati dan biar hingga masak
  • sedia di hidangkan dengan nasi panas...pehhh! sodappp.

2 comments:

  1. mmm..dah lama tak buat pajeri nenas..anak2 akak cukup suka..:)

    ReplyDelete
  2. apa lagi Anim..buat jgn x buat,dr pisang kita tukar menu nanas pulak..hehehe baru "Tropika"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...