My lovely friends---Thanks

Wednesday, 15 June 2011

NASI JAGUNG


salam untuk semua,..Nasi jagung ni selalu kaklyn buat pada hujung minggu, bila dah bosan asyik makan nasi putihje,hehehe boleh gitu?.kaklyn memang peminat jagung.tak kira la,sama ada yg direbus,dibakar ,dibuat talam atau bubur...semua kaklyn telan.Nasi jagung ni kaklyn gandingkan dgn ayam merah,sayur dalca dan acar mentah.senang jea nak buatnya...
Bahan-bahan
4 cawan beras dicuci bersih (kaklyn guna yg biasa je)
5cawan air (sukatan air bergantung pada beras masing2)
4ulas bawang merah}
3ulas bawang putih}- dikisar halus
1/2 inci halia}
1batang kayu manis
3 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 tin susu cair
1 tin jagung manis (guna yang biji ,ok)
1 sudumakan pati oren sunquick
1 sudumakan minyak sapi
2 sudumakan minyak jagung 
1 suduteh garam
Caranya
  1. di dlam periuk kecil panaskan minyakjagung dan minyak sapi,masukkan kayu manis,pelaga dan bunga lawang,tumiskan bersama dgn bahan yg dikisar tadi hingga wangi.Masukkan garam .tutup api.
  2. didalam periuk elektrik masukkan beras yg telah dicuci bersama air.
  3. masukkan bahan tumisan tadi ke dalam berasbersama susu cair,jagung dan sunquick.kacau rata..
  4. masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa.
Untuk membuat sayur dalca.
bahan-bahannya
100gm kacang dhal
kacang panjang | dipotong memanjang
1-2 biji terung |dipotong empat
5 biji kentang }
4 biji tomato } dibelah empat
1 batang lobak merah |dihiris memanjang
2 batang cili merah}
2 batang cili hijau }       dihiris
1 batang daun ketumbar}
2 sudumakan serbuk kari
kayu manis,pelaga,bunga lawang
200 ml air
santan dr 1/2 biji kelapa parut(kalau nak gantikan santan dgn susu cair-1tin)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
bahan kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup3 biji buah keras(jika suka)
Cara memasak
  1. panaskan minyak masukkan kayu manis, pelaga,bunga lawang dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. kemudian masukkan rempah kari,kacau rata hingga naik minyak.biarkan seketika
  3. seterusnya masukkan air dan santan.didihkan
  4. masukkan kacang dal dan ubi kentang.biarkan setengah masak
  5. setelah itu masukkan sayur-sayuran lain dan masukkan garam secukup rasa.
  6. akhir sekali masukkan bahan hirisan dan biar seketika
  7. angkat dan sedia untuk dihidangkan.
okey..selamat mencubaa...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...