My lovely friends---Thanks

Monday, 13 June 2011

laksa Utara @penang

Laksa untuk makan tgh/hari
Sekali sekala kalau boring makan nasi boleh laa ganti dgn laksa..(alasan orang berdiet!).huhuhu
Bahan -bahannya:
1 kg laksa }dicelur
1 kg ikan kembung
2 btg bunga kantan
5 kpg asam gelugur
1ikat daun kesum
2 btg serai }diketuk
2 sudu makan cili kisar}cili kering 15 btg +1ulas bawang putih+3biji bawang kecik=diblend
3 liter air
garam secukup rasa
untuk ulamannya
200gm daun salad}
1biji bawang besar} di hiris
1 biji timun }
telur rebus
cili padi / lada merah }di potong
cara
  • rebus ikan kembung hingga lembut.asingkan tulang dan kisar halus isi ikan.
  • masukan bunga kantan,serai,daun kesum,cili kisar ,asam gelugur dan air ke dalam periuk.biarkan mendidih selama 20min.
  • kemudian masukkan isi ikan dan garam.biarkan dia masak lagi 10 min @ hingga kuah agak pekat sedikit.
  • sedia untuk dinikmati bersama laksa yg dicelur dan bahan ulaman tadi.
  • kalau suka boleh letak otak udang tapi kaklyn x masukkan sebab  tak gemar..hehehe
**TIPS**
Untuk menyedapkan kuahnya, kisar kepala dan tulang ikan dengan sedikit air(setelah diasingkan isinya)kemudian tapis dgn penapis halus.masukkan ke dalam air rebusan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...