My lovely friends---Thanks

Saturday, 25 June 2011

ketupat lontong

ASSALAMMUALAIKUM...
Sarapan, macam nak Hari Raya laa pulak....saje jea buat lontong sebab senang, boleh makan sampai "Lunch".tak gitu? makan lontong dengan sambal udang jea.. tak sempat buat serunding kelapa .hehehe sebenornya kaklyn terlupa kelapa tu..telah kaklyn semuakan menjadi santan....sedih betul...tapi masih boleh enjoy makan lontong!
ketupat+lodeh+sambal+telur rebus= LONTONG..
Untuk membuat lontong ,pekara pertama yang diperlukan ialah ketupat nasi sama ada yang segera atau yang original daun kelapa.ketupat ini ,hendaklah di rebus terlebih dahulu,ataupun nasi lembik yang di mampatkan didalam loyang atau daun pisang..
kemudian bahan -bahan kuah Lodeh:
50 gm kubis bulat                 }       
50 gm kubis bunga                } di hiris
5 batang kacang panjang      }
1 batang lobak merah          }dihiris memanjang
3 biji kentang                      }
20gm suhun & fucuk }direndam
1 paket tampe } dipotong 
100gm udang kering*
4 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1batang serai*
1cm kunyit hidup*
*bahan ini dikisar halus*
150 ml santan
garam secukup rasa

cara memasak:
  1. panaskan periuk dengan sedikit minyak,tumiskan bahan kisar hingga wangi
  2. masukkan tempe dan dikacau rata(jika kering masukkan sedikit air)
  3. masukkan pula sayur yg dihiris tadi bersama suhuun& fucuk
  4. masukkan santan,kacau rata dan perasa garamnya tunggu hingga masak.
Akhir sekali,hidangkan panas-panas bersama ketupat nasi dan sambal udang @ sambal kacang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...