My lovely friends---Thanks

Saturday, 18 June 2011

Ikan keli salai masak lemak cili api


Ikan salai ni biasanya kaklyn beli jea dah siap salai..beli di pasar tani mega kat stadium Shah Alam.
Dekat situ ada macam-macam  lagi yang disalai.Daging ,ayam, itik dan ikan..
cara nak buat gulai lemak pun jadi mudah, tak payah berasap satu rumahkan? heee
ok!bahan-bahannya:
ikan keli salai
1/2 inci kunyit hidup }
10 tangkai cili padi } dt tumbuk
3 ulas bawang kecil }
1 batang serai } di titik
2 cawan santan
100 gm belimbing buluh }diketuk sedikit

cara memasaknya:
  • masukkan bahan tumbuk bersama santan
  • ketuk belimbing sedikit,diperah , dan buangkan airnya
  • masukkan kedalam gulai dan masak.kacau sebati
  • masukkan ikan salai 
  • tambahkan garam secukup rasa.
  • biarkan hingga masak dan sedia dihidangkan..
 sonang je kan..selamat menjamu selera..

2 comments:

  1. pehh! betul laa anim..lagi2 di makan dgn nasi panas ...ulam timun pun jalan...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...