My lovely friends---Thanks

Thursday, 16 June 2011

**grill lamb with black pepper sauce**

Malam ni ,Family kaklyn nak makan ala barat pulak, kaklyn pun keluarkan lamb yang memang telah diperap semalaman.Terima kasih kat En.suami sebab tolong "mengGrillkan" kambing2 tu...LuvU laa. ;-).
Bahan perapan untuk daging:
 6 kpg daging kambing
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1/2 inci halia | ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam |ditumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos HP BBQ
1/2 sudu teh madu

daging kambing yang telah di perap.




#campurkan kesemua bahan perapan bersama daging kambing selama 4jam.kaklyn terlebih sudah..perap.hik!hik!hik.

Untuk memanggang di dalam kuali,kaklyn panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega .masak daging hingga separuh masak,kemudian panggang dalam oven 180'c hingga masak.

Bahan Sos:
25o ml sos perang( kak lyn guna jenama Knorr + air suam)
2 ulas bawang putih |dikisar
1 biji bawang merah |dikisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu makan sos HP BBQ
gula dan garam secukup rasa.
minyak masak / minyak zaitun
Caranya
  1. panaskan sedikit minyak kedalam periuk
  2. tumiskan bahan yang dikisar dan lada hitam hingga naik bau.
  3. masukkan sos perang ,sos lada hitam dan sos HP
  4. rasakan garam dan gula ,masak hingga kuah pekat.Hidang bersama daging..


inilah sos di dalam periuk  yg tinggal habis licin dikerjakan..
emmm tak sempat nak snap gambar sos yang baru dimasak,snap gambar dah nak habis pun jadi lea..hehehe
Nanti kaklyn post camna nak buat kentang Putar/lenyek ok tungguuu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...