My lovely friends---Thanks

Tuesday, 28 June 2011

~: Bingka Ubi Kayu:~

BINGKA UBI  KAYU 
BY
lyn at homebakery
sumber:kak fida@myR
kuih bingka ni lama dah nak membuatnya tapi baru petang ni..TERrajin,  dalam resepi ni kaklyn kurangkan sukatan gula,ini kerana mak mertua x leh makan manis so..kalau kurang tu dapat la dia merasa kan? tapi sukatan asal tu dah ok rasanya. kaklyn pun tambah warna kuning sebab guna ubi kayu putih..Anyway thanks kak fida, mintak izin C&P resepinya ya...^_^                                                                   
bingka sebelum dibakar

emm..panas2 lagi anak kaklyn dah potong utk di "ngap"
      best sangat..cubalah..ini resepinya.. 

Bahan-bahan ~loyang 4 segi 9"x 9"x 3"                                                       

  • 2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
  • 2 1/2 cawan gula pasir
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • sagu dari ubi kayu

Cara-cara

  1. ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
  2. Dscn0592
    kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  3. setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
  4. air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
  5. setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
  6. kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  7. tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
  8. bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.

6 comments:

  1. sedapnya
    biasanya kak suka beli waktu bulan puasa

    ReplyDelete
  2. kak kasih: lyn terrajin buat ni pun sebab nak makan time buka puasa tadi..hihihi kira taste kita same le..ya?puasa je nak makan bingka!

    ReplyDelete
  3. sedapnya lyn..akak memang suka bingka ubi ni tau tapi amat malas nak membuatnya..anak2 bujang ni suka makan ketuk ubi je.

    ReplyDelete
  4. ketuk ubi!! pun kita suka gak..dulu masa kecik2 rajin tolong mak buat,,sebab dlm family saya sorang je suka makan tu.

    ReplyDelete
  5. Pagi Lyn,

    sedapnya ketuk ubi tu...dh lama kak nur tk mkn...dulu waktu kecik2, my auntie suka buatkan ketuk ubi....

    terima kasih ya sudi balas kunjungan...lyn,nak kena cari resipi tu...insyaAllah jika terjumpa akan kak Nur update semula ya.

    ReplyDelete
  6. ok..kak nur,sorry lambat membalas commt.skrg time lyn banyak aktiviti yg perlu diselesaikan,,hehehe
    I will be back!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...