My lovely friends---Thanks

Wednesday, 22 June 2011

Ayam Penyet

Ayam penyek ni sebenarnya berasal dari masakkan orang2 Jawa..tak kiralah dari Jawa Indonesia ke ataupun orangJawa Malaysia..Asalkan "Dey Aa wrong Jawo,kayak aku!.".pasti biasa makan lauk ni( ceh! macam terror je kaklyn cuba cakap jawa).. cuma sekarang Restoren Ayam penyek ni dah melambak & ada yg Famous la..soo kaklyn goreng ayam penyek untuk makan tengahari...layannn...
ayam penyek & sambal jawa..

ulam-ulaman +sambal ayam penyet +tahu & tampe goreng
bahan untuk ayam penyet:
 1 ekor ayam~ dipotong 8 dan di cuci bersih
*Ayam ini direbus selama 10 minit dan ditos, boleh juga di kukus tp kaklyn suka rebus. air rebusannya boleh dibuat sup!*
1/2 sudu besar jintan manis |disangai hingga naik bau
1/2 sudu besar jintanputih | disangai hingga naik bau
3 sudu besar ketumbar |disangai hingga naik bau
1 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil garam
 sedikit air untuk kisar
minyak untuk menggoreng.
cara:
  • satukan kesemua bahan dan dikisar halus kecuali minyak
  • lumurkan bahan kisar pada ayam dan diperap sekurang2nya 4jam
  • gunakan sedikit bahan kisar tadi untuk di gunakan pada tahu,tempe atau ikan.
* bila ingin menggoreng.Golek-golekkan ayam /ikan/tampe/tahu kedalam tepung beras sebelum menggoreng*
* goreng hingga agak garing , tak perlu lama kerana ayam sudah direbus nanti ayam keras pula *
** selepas di goreng, penyetkan ayam sebelum dihidangkan**

Sambal Tomato(sambal utk ayam penyet)
5 batang cili merah
10 biji cili padai merah
5 biji bawang merah / dihiris
3 biji bawang putih / dihiris 
5 biji tomato ,dipotong 4
sedikit belacan
3 sudu besar ikan bilis
1 sudu makan gula merah @ secukup rasa
garam
caranya:
  1. panaskan minyak.Goreng ikan bilis hingga garing (angkat & ketepikan)
  2. goreng belacan ~angkat & ketepikan
  3. goreng bawang merah,putih dan cili hingga layu,masukkan pula tomato , gaul rata.Angkat dan sejukkan semua bahan tadi pada suhu bilik
  4. kisar @ tumbuk bahan tadi hingga separa halus
  5. masukkan sambal kedalam periuk dan panaskan.
  6. masukkan gula dan rasakan garamnya
  7. siap untuk dimakan bersama ayam penyet
* sambal boleh dibuat sehari sebelum..simpan dlm petisejuk,bila ingin digunakan ..panaskan aje.!*
untuk sup
air rebusan ayam tadi.
4biji bawang merah
2biji bawang putih
1/2 cm halia
1 bungkus sup bunjut
cara
  • kisar bawang merah,bawang putih,halia
  • tumis bahan kisar hingga wangi,masukkan kedalam periuk air rebusan ayam tadi
  • masukkan sekali sup bunjut dan panaskan sup..
kaklyn biasa makan ayam penyet bersama Nasi Putih @ nasi pandan, ulam-ulam dan sambal tamato ...selamat menjamu selera...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...