My lovely friends---Thanks

Friday, 17 June 2011

~Asam Pedas Johor ~

Asam pedas ni, memang favourite kaklyn ..hehehe resepi ni daripada my mom.Dalam seminggu mesti  masak asam pedas punya!.Sampai orang pahang( my hubby) pun gemor...hehehe. ini merupakan menu beberapa hari yang lepas..maklumlah orang baru.jadi.nak menaip makan masa laaa.
Asam pedas ikan mayong

bahan yang diperlukan
1 ekor ikan mayong @ boleh tukar Ikan lain- dipotong & dibersihkan
50 gm cili kering                    }
4 biji bawang merah              }
3 ulas bawang putih               } di kisar
1 inci halia                             }
1 inci kunyit                           }
1 batang serai                        }  
4 tangkai daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
garam
minyak untuk menumis
cara-caranya:
  1. panaskan minyak didalam periuk,tumiskan bahan kisar(boleh adjust kepedasannya kaklyn  biasanya semuakan lada ni.). sampai wangi dan terbit minyak
  2. masukkan daun kesum,kacau sampai layu
  3. tuang air asam jawa, kacau rata biar sampai didih (masa ni kalau nak letak terung/bendi boleh)
  4. masukkan ikan ,biar seketika hingga masak.
  5. garamkan secukup rasa..
siap untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...