My lovely friends---Thanks

Thursday, 26 May 2011

Status Halal dan DNA Babi | Kaitan Syarikat Puratos dan Secret Recipe

Selepas Status Halal Kopi Kluang dan penemuan DNA babi dalam butter Golden Churn didedahkan sebelum ini, kini DNA babi ditemui dalam produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd pula. Tapi apa kaitannya dengan Secret Recipe? Adakah status halal dan DNA babi itu turut melibatkan Secret Recipe Malaysia?
puratos malaysia Status Halal dan DNA Babi | Kaitan Syarikat Puratos dan Secret RecipeSemakan Status Halal yang terpapar dalam laman web JAKIM adalah 2 jenis produk bahan ramuan kek dan roti keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd iaitu Talentos Brownies Concentrate Secret Recipe dan Talento Concentrate Secret Recipe. Ianya tiada kena mengena dengan Secret Recipe Malaysia yang turut mengeluarkan produk berasaskan Kek dan Roti. Penafian Secret Recipe Malaysia turut dibuat di laman Facebook Secret Recipe Malaysia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Manakala 2 bahan keluaran Syarikat Puratos yang ditemui DNA babi itu adalah Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder.
PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. – laman web JAKIM

kenyataan media ppim Status Halal dan DNA Babi | Kaitan Syarikat Puratos dan Secret Recipe
KENYATAAN MEDIA DARI SETIAUSAHA AGUNG PPIM
PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.

Sumber: http://eiz1004.upprofits.com/status-halal-dan-dna-babi-kaitan-syarikat-puratos-dan-secret-recipe/#ixzz1NQYlNfI9
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.
“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.
Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. – Berita Harian Online (16/5/2011)

2 comments:

  1. fuh! sib baik kaklyn xpernah guna produk puratos tapi kaklyn pernahlah attanded diaorgnya kelas demo macaroon....

    ReplyDelete
  2. masa attended demo tuh, ada rasa x produk tuh? Hmm..xtahu xper, dh tahu jgn..hehe

    Salam singgah blog kaklyn..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...