My lovely friends---Thanks

Friday, 27 May 2011

resepi Lyn~NaSi AyAm...Sempoiii ~


hari nii agak buzy..sbb awal2 pagi dah nak siapkan breakfast order utk50 org dr cikgu2 kat sek.men.kat s/alam, menunya mee hoon,karipap kentang & kastard jagung.soo bila nak masak lunch klyn pun buat Nasi Ayam yg sempoi ni. utk family..
resepinya:
A
1 ekor ayam  dipotong & dibersihkan
1 bks sup bunjut
1/2 inci halia-dihiris
1 ulas bawang putih diketuk
2btg daun bawang dicuci bersih
air secukupnya
* semua bhn A di rebus dlm satu periuk utk buat stok.bila air didih dlm 10 min tu,keluarkan ayam.
B
10 biji bawang kecil}
5 ulas bawang putih} diblend halus
1inci halia}
C(Nasi)
700 gm beras biasa je!(di cuci)
1300 ml stok ayam(yg direbus tadi)
2 tbsp bhn B yg di blend tadi
1tspn rempah sup(klu suka la)
1tbsp mentega
1 helai pandan
sedikit minyak jagung /minyak masak biasa pun ok! 
cara:
* cairkan mentega +minyak ,tumis bhn B + rempah sup,sedikit garam
*dlm periuk elektrik,masukkan beras +stok Ayam +daun pandan + bahan B yg telah ditumis tadi
*masak nasi spt biasa dlm periuk elektrik
** sukatan airstok utk beras tu terserah pada beras masing2 ya...
D(Ayam)
*ayam yg di rebus tadi diperap dgn 1tbsp bhn B,1tbspn kicap pekat,black-papper sos ,garam.
* goreng ayam dlm minyak panas agak garing je (sebentar saje sbb ayam dah masak (rebus)
E Sup
gunakan baki bhn B tadi..tumis dlm periuk bersih + sedikit rempah sup +sedikit lada hitamyg ditumbuk hingga wangi, kemudian campurkan dlm stok ayam tadi, panaskan hingga didih,rasakan garamnya ,tabur daun sup/bawang goreng.
Sos Cili
ambil bawang putih & halia yg dihiris dr dlm stok tadi
4 btg cili merah +4 btg cili padi merah
1biji tomato
sedikit air asam jawa (cukup utk blend)
1tbsp gula
sedikit garam
+blendkan semua bhn diatas dan dimasak  hingga agak pekat,rasakan garam/gulanya
sediakan ulamnya timun ,salad,& tomato utk di hidangkan..
inilah menu catering job yg saya buat pada awal paginya ...layannn!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...