My lovely friends---Thanks

Tuesday, 31 May 2011

NaSi ToMaTo

Bahan-Bahan
4 gelas beras basmathi( dicuci bersih)
2 helai daun pandan] di simpul
1 btg serai }dititik
1/2 tin susu cair
3 tbsp minyak sapi
4 biji tomato }dipotong dadu
100 gm kismis}kalo suka.kaklyn xletak sbb anak xsuke..ada tu utk deco jea!
1/2 cawan sos tomato
4 gelas air (basmathi yg kaklyn guna, airnya sama sukatannya dgn beras)
B(utk Bahan Tumisan)
6 ulas bawang merah}dikisar
3 ulas bawang putih}dikisar
1 inci halia}dikisar
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Cara-Caranya:
  1. panaskan minyak sapi didlm periuk dan tumis bahan  tumis hingga wangi
  2. masukkan serai,tomato, garam gaul rata.tambahkan susu,air,sos tomato ,biarkan mendidih.
  3. masukkan bahan tumisan tadi kedalam beras(dalam periuk elektrik) bersama daun pandan.masak seperti biasa.
  4. apabila nasi sudah kering,taburkan kismis kacau rata tapi jgn sampai hancur.
  5. nasi tomato biasanya dihidang dgn ayam masak merah dan dalca.tapi  kali ni ,kaklyn hanya makan bersama ayam sambal , kari kaki ayam dan acar mentah jea..
* sebaik-baiknya gunakan  buah tomato segar drpd tomato puri bagi mengelak bahan pengawet & warna yg berlebihan dlm tomato puri..(kata-kata nasihat dr chefHanieliza yg kaklyn ikut).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...