My lovely friends---Thanks

Thursday, 19 May 2011

minum petang..resepi inti "pai Ayam"



bila ada mood rajin soo buat le minum petang ala "mat saleh" kulit pasty tu saya beli ready-made kat Bagus.untuk intinya saya buat stail sos putih...kalau nak yg kari pun ok!
Inti Pai:
400gm isi ayam kisar(Ramly / Ayammas)
2biji kentang(dipotong dadu)
1 biji bawang besar( dipotong dadu)
sedikit kacang pis-kalau suka
sdikit cendawan butang + syitake
sedikit garam
sedikitserbuk pati ayam
sedikit lada sulah
minyak utk menumis
SOS PUTIH
60gm tepung gandum
60gm mentega
1/2cwn air
cara-caranya:
panaskan minyak dan goreng bawang hingga kekuningan,masukkan isi ayam,ubi kentang,serbuk pati ayam,lada sulah.kacau rata.kemudian masukkan mentega. sediakan sos putih dgn mencampurkan air dan tepung.tuangkan ke dalam bahan tadi dan kacau rata sehingga semua bahan empuk,rasa kan garamnya..angkat dan sejukkan.
gunakan acuan pai atau boleh guna acuan muffin.potong pasty doh mengikut acuan(lebihkan sedikit utk dasar pai) cucuk bahagian tgh dgn garpu.masukan inti dan tutup dgn pasty doh buat lubang udara diatas pasty.(atau buat mcm saya)hehehe sapu doh dgn kuning telur.bakar selama 20min pada suhu 170"c(ikut kepanasan oven masing2)dan bakar hingga kekuningan...enjoy baking!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...