My lovely friends---Thanks

Friday, 20 May 2011

macaroon untuk hari guru

macaroon ni adalah permintaan anak dara saya untuk cikgu dia sempena hari guru baru -baru ni, katanya tahun lepas mama dah bagi cupcake, tahun ni dia nak yg lebih" up-to-date"Amboii! tapi untuk cikgu apasalahnya  ;-).emm  pening juga lah ! walaupun saya pernah2 kali ke 'demo kelas macaroon' kat Bagus,yang pertama kelas bersama Puratos(syarikat pembekal tpg ready made macaroon) & kedua dgn chef Nirmala (byk kali dah attnd kelas chef Mala), tapi inilah buat pertama kalinya saya membaking macaroon ni..saya cuba resepi chef Nirmala and it turn up..nice!hehehe clap!clap for myself...Tq chef! untuk fillingnya saya derhaka pada cikgu sebab tak nak guna coklat sebaliknya saya guna peanutbutter...cikgu2 di sekolah pun suka, sooo saya pun happy! di bawah saya sertakan resipinya.
RESIPI MACAROON
sumber dari Chef Nermala
bahan campuran badam;
250gm serbuk badam
250gm gula aising
3 biji telut putih-90gm(mesti ngam2 90gm ya)
perasa/warna

Meringue
250gm gula
65gm air
90gm putih telur
Cara:
  1. ayak gula aising ke dalam serbuk badam,campurkan putih telur kacau sampai sebati(guna senduk jea),masukkan pewarna atau perasa
  2. meringue: masak gula bersama air sampai pekat (bila dititik kedlm air kelihatan bola2jernih gula)betul ke ayat ni?dlm waktu yg sama putar putih telur sampai kembang (stif),tuangkan air gula perlahan-lahan sambil diputar.campurkan badam mixture,paipkan keatas parchment paper,hentakkan dulang.keringkan/rehatkan 20min pada suhu bilik.bakar selama 8-10min pada suhu 150'c(api atas & double trays) bila sudah masak buka pintu oven dan letakkan tray macaroon di pintu selama 5 min baru dialihkan untuk sejuk.
  3. setelah sejuk bolehlah di paipkan ganache / buttercream  /nuttela atau mcm saya peanutbutter dan cantumkan 2macaroon jadi satu...

1 comment:

  1. hai kalau berminat dgn resipi ni boleh lah ambik tapi sila nyatakan dr sumber mana ya...terimakasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...