My lovely friends---Thanks

Friday 20 June 2014

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2014..

TEMPAHAN BISKUT RAYA DIBUKA ..jom tengok2 & order.berminat bolehla  SMS @wasap ke 0192234434 .sertakan sekali detail ini ya:~ 1.Nama anda 2.jenis biskut 3.Kuantiti 4.Tarikh collect .Tarikh akhir tempahan minggu pertama Ramadhan.Biskut boleh dituntut seawal 2 minggu sebelum Raya ya,,,semua harga biskut raya lyn adalah RM25/sebalang...sila la order..Terima kasih kerna sudi melihat disini...

Rainbow cookies :+-50pcs~pure butter,putih telur & warna meriah rainbow

lidah kucing cheese : 50pcs~pure butter,putih telur,cheedar heese

lidah kucing coklat:50pcs ~pure butter ,putih telur serbuk coco

Florentine Cup :+- 60pcs~ badam,mix fruits &honey

oats choco ball :+-50pcs ~ oats,chocolate

Butterscotch choc Pretzel :50pcs ~ homemade butterscotch ,chocolate

Wednesday 19 March 2014

pretzel cookies & pretzelku

assalammualaikum,
saje ceriter-cerita perihal pretzel...kak lyn pergi belajar klas [retzel cookies dengan kak Ida Bakery pada 23/2/2014..lepas tu xlama ada la kawan kak lyn menempah pretzel cookies utk majlis aqiqah anaknya..pada  16/3/2014 pulak akak & my BFF pergi belajar buat pretzel & bun di Bagus Sec 13 Shah Alam pulak. belajar dengan Chef Faiz..seronok jugak sebab roti pretzelnya sedap,lembut crispy di luarnya..hehehe kita layan gambar aje la ya..

kelas Pretzel cookies di Ida Bakery 23/2/2014



ini sebahagian hasil Homemade Pretzel Cookies kami pada hari tu..

16/3/2014- belajar buat soft pretzel & pretzel bun pulak di Bagus Shah Alam.


cantik aje doh chef  Faiz buat..lepas ni kita orang pulak buat.alhamdulillah jadi wpun x selicin doh chef buat heee
   
ini doh yg akak buat heehee



gang sama  kelas pretzel bergambar dengan Chef Faiz.

ceh,,ceh,,kak lyn in action mengentel doh utk dibentuk jd Pretzel..


TaRRRRaaaaaa ini lah hasil nya..

lain bentuk bun yg di ajar sama





ini pula tempahan Doorgift  pretzel cookies kawan kak lyn utk majlis aqiqah anaknya..




Sunday 9 March 2014

Pray for MH 730...Boeing 777 yg dekat dihatiku...

salam semua..
berita kehilangan pesawat MAS MH703 pd 8/3/2014 route KL-Beijing memeranjatkan semua rakyat Malaysia..
sebagai ExCabin crew MAS kak lyn memang sangat terkejut dan hilang semangat apatah lagi insiden itu melibatkan aircraft yg kak lyn pernah bertugas dahulu...ingatan pertama diminda pada masa itu adakah Batch mates akak terlibat?,kerana masih ramai kawan2 kak lyn yang masih  flying sebagai steward & stewardess,try to contact beberapa nama yg rapat..& mereka membalas dan beritahu tidak terlibat.lega seketika walau bagaimanapun setelah diberitahu senarai anak2 kapal yg terlibat sekali lagi hati kak lyn bagai terhenti kerana ada 2 nama yang akak kenal dan pernah bertugas sama.dahulu...Allahhu Akhbar!...selamatkanlah mereka.& permudahkanlah urusan pencarian mereka...Lagi2 sekarang sebagai isteri Tentera TUDM memang terkesan sangat rasanya ...semalam memang tak boleh buat apa hanya doa sahaja yang dapat dipanjatkan..semoga ahli keluarga terdekat yang terlibat tabah menghadapi ujian Allah ini.
 Masih teringat perasan kak lyn ketika mula2 masuk ke Kabin  aircraft Boeing 777 dulu,perasaan kagum dan bangga ketika bertugas dengan aircraft yg baru.maklumlah pada masa itu akak merupakan antara  Batch pertama cabin crew yang dapat jadual terbang aircraft 777...sebagai anak kapal yg pernah bertugas dalam aircraft Boeing 737,747-400 ,747-300 &747-500 (yang mengangkut penumpang & cargo sekali.).juga kak lyn pernah bertugas dalam aircraft DC 10(aircraft lama) untuk beberapa kali charted flight ke Jepun &Jeddah (Umrah/Haji flight) dahulu.kemudian promoted ke aircraft Boeing 777 & Airbus pula. sehingga kak lyn berhenti ..last flight akak adalah Boeing 777 ke Manchester...masih lagi terbau-bau kabin itu....emmmm selamatkanlah mereka..semoga segera dijumpai..:''(

Thursday 20 February 2014

princess Sofia the first Castle Cake






Assalammualaikum..order dari Pn Normah utk birthday anaknya Adzira 4 tahun,Adzira minat princess so kak lyn buatkan castle kek seperti yg ditempah..senyummm manis Adzira bila datang collect kek dia..Tq

Sunday 16 February 2014

Homemade mee kuning..




Assalammualaikum...
 ujung minggu baru nak ada mood nak buat mee goreng utk mkn petang...maklumlah bila ada family members datang rumah kan..baru semangat nak masak-masak..heeheee
sebenarnya lama dah membeli mesin Falcon ni tp untuk kegunaan biz biskut raya jea..pastu adalah dulu masa baru beli buat mee kuning sendiri..ni lama dah tak membuat ,bila keluar aja mee dari acuan baru perasan terguna acuan mee lubang besar la pulak...hahaha besar pon besarla..
jom kita layan macam mana nak buat mee kuning .
 Bahan2nya
500gm tepung gandum
2 biji telur B
air secukupnya
1/2 tsp garam
sedikit serbuk kunyit /pewarna kuning telur
*2biji telur dicampur dgn air hingga 220ml kemudian ditambah garam & kunyit.dipukul sebati sebentar
cara2

  1. masukkan tepung kedalam mesin,pilih panel MIX pada mesin dan tekan suis ON
  2. sementara tepungberputar tuangkan campuran telur & air tadi kedalam mesin supaya sebati bersama tepung
  3. bila sudah sebati tukar panel EXTRUDE utk mengeluarkan adunan...
  4. tadah dgn dulang mee yg terhasil.
  5. mee kuning akan di rebus dalam air yg mendidih yg dicampur sedikit minyak selama lebih kurang 3min
  6. toskan dan siram dgn air sejuk
  7. boleh terus guna atau gaulkan dgn minyak masak utk elak mee melekat.(kak lyn suka gaulkan dgn minyak yg diguna utk memgoreng bawang goreng..bau dia wangi lag..ini jika suka laa)
  8. boleh disimpan 4-5 hari jika disimpan elok.





taraaaa...siap dah...hehehe mee besor..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...